Disodium 5′-ribonucleotides (E635), adalah penguat perisa (flavor enhancer) yang bertindak secara sinergis dengan glutamates bagi menghasilkan rasa enak (umami). ia adalah campuran antara disodium inosinate (IMP) dan disodium guanylate (GMP) dan kerap digunakan di dalam makanan yang telah sedia mengandungi glutamates semulajadi (misalnya air rebusan daging – meat extract) atau yang ditambah monosodium glutamate (MSG). E635 digunakan terutamanya di dalam mi, makanan snek, cip, keropok, sos dan makanan segera berperisa. E635 dihasilkan dengan mencampur garam sodium daripada sebatian asli guanylic acid (E626) dan inosinic acid (E630). E630 boleh dihasilkan daripada daging, ikan atau tepung ubi kayu (seperti dlm pembuatan MSG); manakala E626 dihasilkan daripada ikan kering atau rumpailaut kering. Mungkin yang dirisaukan adalah E630. Walau bagaimanapun oleh kerana ia telah disahkan oleh JAKIM sebagai halal, apa yang perlu dirisaukan – sudah tentu mereka telah membuat pemeriksaan.
↧