ASM,
Komen saudara Ilhammuzafar itu ada juga benarnya. Pada pendapat saya, kerisauan atau ketakpercayaan sebegini timbul adalah disebabkan kejahilan (maaf kerana gunakan perkataan ini – sayapun orang Melayu juga) kita sendiri. Was-was adalah bisikan syaitan dan syaitan mudah mempengaruhi orang Islam yang kurang berilmu. Justeru belajarlah! Islam menganjurkan umatnya mencari ilmu walaupun ke negera China. Zaman ICT lebih memudahkan pencapaian maklumat; namun perlu sedikit pengetahuan (boleh bertanya kepada yang arif misalnya melalui ruang sosial sebegini) untuk menyaring yang mana satu benar dan yang mana satu palsu. Jangan risau, tentu ada hamba Allah di sana yang boleh membantu.
Wassalam