Berapa kali nak bagitau, KALAU ADA LOGO JAKIM itu anggap sahaja SEBAGAI HALAL. Jangan jadi seperti bani israil yang terlalu mengusul periksa sesuatu perkara hingga menyusahkan diri. (Rujuk surah alBaqarah)
Kalau JAKIM beritahu yang sumber E ada dari haiwan dan tumbuhan, dan yang dapat COP halal adalah dari tumbuhan, harus bagi kita untuk percaya. Betul atau tidak, mereka yang tanggung.
Kalau semua benda nak dicheck satu persatu, baik tak payah percaya lagi pada institusi JAKIM.
Orang melayu. Bab babi walau dah dikatakan halal sekalipun masih nak selidik takut2 ada unsur babi. Tapi bab makanan haram yang lain (makanan dari sumber haram) seperti rasuah, duit kopi, tipu claim, judi bola, kontrak ali baba, ASB, pelaburan haram, MLM, tak bising pulak? Kenapa? kerana tak ada babi. Melayu…..