Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all 878 articles
Browse latest View live

Comment on List of Non Halal by maniesha

$
0
0

salam.. guys.. sape2 thu ttg air ni tlg answer..

ASAL : SODIKO BEVERAGE
JENIS : SPARKLING JUICE/DRINK
JENAMA : VALENTINO
PERASA : VALENTINO SPARKLING WHITE GRAPE JUICE


Comment on List of Non Halal by maniesha

$
0
0

salam.. guys.. whos knows bout this drink please answer.. the halalan of this drink..

ASAL : SODIKO BEVERAGE
JENIS : SPARKLING JUICE/DRINK
JENAMA : VALENTINO
PERASA : VALENTINO SPARKLING WHITE GRAPE JUICE
KANDUNGAN : GRAPE JUICE, CARBONATE WATER, GLUCOSE, AROMA, E211, E300, E330

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,

Mungkin yang menjadi kerisauan puan adalah ingredien makanan/bahan tambah (additives) yang digunakan. Utk pengetahuan puan :
E211 : sodium benzoate – bahan awet (preservatives)
E300 : Ascorbic acid – vitamin C, antioxidant
E330 : Citric acid – pengasid (acidulant)

Kesemuanya adalah bahan kimia (chemicals), justeru tidak timbul isu halal/haram disini. Berdasarkan itu, maka hukum meminumnya adalah HALAL.

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,

Ada apa-apa ingredien yang meragukan? Sila maklumkan kepada saya untuk semakan.

Wassalam.

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumusalam wbt,

Untuk apa lemak babi di situ? Apakah fungsinya? Dalam hal ini, saya ingin sarankan agar kita semua umat Islam jangan mudah terpedaya/melenting dan akhirnya menjadi takut tanpa sebab-sebab yang munasabah. Lemak/minyak JARANG ditambah ke dalam makanan sebagai ramuan berfungsi (functional ingredient) kecuali dalam produk tertentu seperti lemak koko di dalam coklat dan lelemak (shortenings) dalam pembuatan kek/biskut. Kewujudannya di dalam makanan adalah sebagai sebahagian daripada komponen makanan tersebut.

Namun ingredien yang DITERBITKAN (DERIVED) daripada lemak/minyak mungkin menimbulkan kerisauan. Umumnya ingredien tersebut adalah dibawah kategori emulfifier/stabilizer (E400 – E499).

Dalam kes di atas,
E471 – Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate)

E475 – Polyglycerol esters of fatty acids

Jelas menunjukkan mereka adalah emulsifier yang diterbitkan daripada lemak/minyak. Perlu diingat pada masa ini sebahagian besar bekalan minyak/lemak dunia adalah daripada sumber tumbuhan.

Hanya pembekal sahaja yang tahu sama ada emulsifier tersebut daripada lemak haiwan atau tumbuhan. Saya cuma melihat dari segi teknikalnya sahaja.

Sekian. Harap maklum.

Wassalam.

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Sila maklumkan kepada saya senarai ingredients nya. lain jenis produk, lain pula ingredient nya.

Comment on Halalkah ubat gigi Colgate? by junaidah binti yahaya

$
0
0

assalamualaikum.
saya nak tanya,
biskut beras jenama Wang-Wang(made in China)
tu halal tak?
terima kasih.=)

Comment on List of Non Halal by shazazira

$
0
0

Salam Dr Mamot , Kod E jadi kerisauan masyarakat kini. Ingin kepastian Old Town White Coffe 3 in 1 Hazelnut. Ada kandungan pengemulsi E 471/ E472 / E551.Ada logo halal Jakim.


Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,

Ketiga-tiga bahan tambah (additives) tersebut adalah pengemulsi (emulsifiers) :

E471 : Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate) – emulsifier
E472 : Carboxylic acid esters of mono- and diglycerides of fatty acid – emulsifier
E551 : Silicon dioxide (Silica)- Emulsifier, Anti-caking agent (mengelak terbentuk ketulan/gumpalan)

Mungkin yang menjadi kerisauan adalah E471 dan E472 kerana bahan mula (starting material) penyediaannya adalah daripada produk hidrolisis lemak/minyak, iaitu asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).
Seperti kita sedia maklum, lemak/minyak boleh bersumberkan haiwan dan tumbuhan. Namun bekalan minyak/lemak dunia sekarang ini adalah sebahagian besar.daripada sumber tumbuhan. Disini, pertimbangan ekonomi menjadi penentu. Di Malaysia sudah tentulah sumbernya daripada minyak sawit. Tetapi oleh kerana produk itu telah ada tanda halal JAKIM, maka kita perlu percaya yang ianya daripada sumber tumbuhan dan halal dimakan. Tambahan pula, jumlah yang dimasukkan adalah terlalu sedikit (<0.5%). Sama-ada kita boleh ambil khias konsep "air 2 kolah", saya pihak berautoriti untuk mengatakan sesuatu. Nasihat saya, kita percaya dan yakin sajalah. Kita tak mahu jadi seperti bani-Israel seperti yang dikesahkan di dalam sural al-baqarah! Ini pandangan peribadi saya. Saya mungkin salah.

Wassalam.

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Pembetulan:

“Saya BUKAN pihak berautoriti……”

Maafkan saya

Comment on GEMPAR!! BIHUN DIPROSES SECARA TIDAK HALAL by syikin

$
0
0

Salam semua..
Kini ada bihun buatan muslim di pasaran..
BIHUN SUFI keluaran usahawan FAMA Johor…
Pengedar / Agen diperlukan

hubungi saya di 017-9009 775..
insya Allah saya akan bantu..
sama2 la kita mencari yg halal…

Comment on List of Non Halal by razak

$
0
0

salam..

nak tanya la gula2 yg ada kandungan “dichlorobenzyl alcohol” blh mkn atau tak ya..

tQ

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,

Boleh, sebab ia bukannya alkohol yang dimaksudkan sebagai al-khamr itu. Berikut adalah keterangan ringkas tentang bahan kimia itu drpd Wikipedia :

2,4-Dichlorobenzyl alcohol is a mild antiseptic, able to kill bacteria and viruses associated with mouth and throat infections. It is a common ingredient in throat lozenges such as Strepsils/Gorpils.

Mungkin saudara keliru atau was-was tentang istilah “alcohol” pada nama bahan kimia itu. Dalam kimia organic (organic chemistry) sebarang sebatian yang mempunyai gugusan berfungsi (functional group) -OH (hudroksil , hydroxyl), maka ia dipanggil alkohol, termasuk hidrokarbon yang berantas lurus (aliphatic alcohol, R-OH) atau siklik/cyclic/aromatik (aromatic alcohol, misalnya benzyl alcohol, bahan kimia di atas adalah terbitan daripada benzyl alcohol) atau banyak -OH (polyols) seperti glycerol, gula, kanji dsb.

Dalam hukum fiqah, alkohol (al-Kohl) adalah etil alkohol (ethylalcohol, ethanol) yang terdapat di dalam arak (al-Khamr) hasil daripada pencuraian (degradation) kanji/gula oleh organisma yis (yeast) dalam keadaan tanpa udara (anaerobic). Proses ini dinakaman penapaian/fermentasi (fermentation). Dalam kes ini, gula ditukarkan kepada ethanol dan gas karbon dioksida. Jadi bahan kimia di atas bukanlah ethanol atau alkohol yang dimaksudkan dalam hukum fiqah. Maka gula-gula itu halal dimakan.
Wal-Allahu-alam.

Comment on Beberapa FATWA penting by affizzan

$
0
0

assalamualaikum…satu soalan penting yang boleh di kongsikan dengan org lain..adakah air sparlikng yang ada cop halal contohnya ”islamic food court europe” adalah halal untuk di minum oleh ummat islam?

Comment on Important Telephone Numbers In Malaysia by fafai

$
0
0

salam…
mohon share ye…
info yg bermanfaat…
mintak dihalalkan…


Comment on List of Non Halal by mal

$
0
0

assalammualaikum…saya ada soalan nak ditanya.adakah produk garnier malaysia halal dan selamat digunakan?harap ada respons dari encik.

Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by keko syabu syabu

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,
Ia adalah produk kosmetik kan? Saya tak dapat komen – kena tengok ingredientnya dulu.

Umumnya produk kosmetik mengandungi komponen berikut:
1. Bahan asas yang merupakan pembawa (carrier) : misalnya cream, lotion, serum, lopozome, gel, powder dll
2. Surfactants (bahan pencuci)
3. additives : stabilizer, preservatives, colorant, thickener dll
4. Nutrients : vitamins
5. Actives/bioactives : bergantung kepada fungsi produk tersebut. Ia boleh merupakan bahan aktif kimia atau bioaktives (plant extracts, hormones, proteins, enzymes etc.)

Boleh berikan contoh produk keluaran syarikat tersebut?

Haraf maklum.

Wassalam

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,
Ia adalah produk kosmetik kan? Saya tak dapat komen – kena tengok ingredientnya dulu.

Umumnya produk kosmetik mengandungi komponen berikut:
1. Bahan asas yang merupakan pembawa (carrier) : misalnya cream, lotion, serum, lopozome, gel, powder dll
2. Surfactants (bahan pencuci)
3. additives : stabilizer, preservatives, colorant, thickener dll
4. Nutrients : vitamins
5. Actives/bioactives : bergantung kepada fungsi produk tersebut. Ia boleh merupakan bahan aktif kimia atau bioactives (plant extracts, hormones, proteins, enzymes etc.)

Boleh berikan contoh produk keluaran syarikat tersebut?

Haraf maklum.

Wassalam

Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,

Kenapa pula tak boleh makan (tak halal)?.

E110 : Sunset Yellow atau Oren Yellow S. ia adalah bahan pewarna kimia, dihasilkan daripada aniline, iaitu produk daripada tar arang batu (coal tar).
E476 : Polyglycerol polyricinoleate: pengemulsi (emusifier) yang diguna untuk menggantikan lecithin dalam produk coklat. Ia dihasilkan daripada kondensasi (condensation) antara polyglycerol (campuran ester gliserol) dengan asid sisinolik (ricinolic acid) yang diekstrak daripada minyak biji jarak (castor beabn oil). Gliserol boleh dihasilkan sama ada secara kimia atau daripada pemecahan minyak/lemak. Memandangkan bekalan utama minyak/lemak dunia adalah daripada sumber tumbuhan, maka gliserol adalah kemungkinan besar daripada minyak tumbuhan.

Viewing all 878 articles
Browse latest View live