Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Comment on List of Non Halal by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Asm,
Sebelum saya memberi pandangan, biar dulu saya nyatakan apakah itu alcohol denat dan cetyl alcohol dan istilah alcohol dalam ilmu kimia organik berbanding dalam ilmu fiqah. Dalam bidang kimia organic (organic chemistry), alkohol adalah sebarang sebatian organik yang mempunyai gugusan hydroxyl (-OH) didalam struktur molekulnya. Formula umum adalah R-OH. Ada yang mempunyai satu gugusan -OH, ada yang dua dan ada yang >2 yang dipanggil polyols. Sebaliknya dalam ilmu fiqah, alkohol (alkohl dlm bahasa Arab) adalah ethanol (CH3CH2OH) yang terhasil daripada penapaian (fermentation) gula (glucose). Ethanol memang memabukkan. Manakala alcohol denat bermaksud “denatured alcohol”. Dalam kes ini alkohol (ethanol) telah dicampur dengan bahan lain agar ia tak boleh diminum. Oleh itu ia tak memabukkan sebab tak boleh dimakan. Maka hukum menggunakan alcohol denat dalam produk kosmetik adalah harus! Manakala cetyl alcohol adalah fatty alcohol – iaitu alkohol (R-OH) yang dihasilkan dengan menghidrogenkan (hydrogenation) palmitic acid (CH3(CH2)15OH). Oleh itu ia bukanlah ethanol, justeru harus digunakan.
Wassalam


Viewing all articles
Browse latest Browse all 878