wa-alaikumussalam wbt.,
Maaf sbb agak lambat respons. Produk itu dikilang di China, itu sbb ada tulisan Cina pd labelnya. mengikut laman webnya, ia mengandungi vitamin E dan jus buah-buahan dan bukannya perisa buah-buahan seperti yg Puan jangkakan. Jus buah-buahan memang kaya dengan asid buah-buahan (fruit acids) yang dalam Sains Kosmetic dikategorikan sebagai alpha hydroxy acids (AHA). Contoh AHA daripada buah-buahan ialah malic (apple), tartaric (anggor) dan citric (orange/citrus) acids. AHA lain adalah lactic acid daripada susu. AHA sememangnya baik untuk kulit sebagai pelembab dan anti penuaan (membuang garis-garis halus/kedut). Ia juga digunakan dalam sediaan pengelupasan kulit untuk mendapatkan kulit yang baru, licin dan lembut. Oleh kerana dalam TV telah dikatakan ianya halal, justeru bolehlah gunakan tanpa ragu-ragu.
Wassalam.