Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,

Siapa kata begitu?? Ia TIDAK BETUL!
E adalah merujuk kepada kod European, atau sekarang European Community (EU) yang diberi kepada setiap bahan tambah (additives) untuk memudahkan pengenalpastian berdasarkan klas kimianya.

Mengikut kategori itu :
E100 – E199 : Pewarna
E200 – E299 : Bahan Awet
E300 – E399 : Antioksidan, Pelaras Keasidan (acidity regulators)
E400 – E499 : Pengemulsi, Pengel, Pemekat, Penstabil
E500 – E599 : Agen Antigumpal (Anti-Caking Agents), Pelaras Keasidan
E600 – E699 : Penguat perisa (flavour enhancers)
E700 – E799 : Antibiotik
E900 – E999 : Pelbagai termasuk agen pengilat (glazing agents), pemanis, gas
E1000 – E1999 : Bahan kimia tambahan, termasuk enzim, terbitan kanji
Manakala kod E800 – E899 : bahan tambah makanan haiwan (feed additives)

Kod yang menjadi kerisauan hanyalah :
E200 – E299 : Bahan Awet
kerana boleh disediakan daripada minyak dan lemak dan terbitannya (asid lemak, gliserol).

Nasihat saya, jangan dengan cakap orang. bertanyalah kepada mereka yang arif. apa yang saudara lakukan (bertanya melalui forum ini) adalah betul!

Wassalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Trending Articles