Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

ASM,

Terima kasih Sdr Hajar. Maaf kerana agak lambat menjawab.

Sebenarnya saya taklah sepandai mana! Tapi saya memang minat kimia. Bahkan subjek yang melayakkan saya memasuki UM pada tahun 1971 adalah kimia saya pada HSC masa itu mendapat Principle B. Yang lain tu subsid saja. Maklumlah sejak tkn 1 – 5 aliran sastera. Saya ambil HSC di Kolej Islam Malaya di Seksyen 17 PJ (sekarang ni pusat matrikulasi UIAM).

Untu menjawab soalan sdri, saya cadangkan ikuti program ijazah kimia atau biokimia atau bioteknologi. Sebenarnya hidup seharian kita dikelilingi oleh bahan kimia dan tindak balas kimia. Contohnya fotokimia (penglihatan), elektrokimia (sistem saraf), utusan kimia (hormon), kimia koordinatan (hemoglobin – pengangkutan oksigen oleh sel darah merah), kimia inorganik (garam galian), kimia organik (zat makanan – lemak, protein, karbohidrat), metabolisma tubuh (biokimia) dan banyak lagi. pendek kata kita tak boleh lari daripada kimia. Dalam bidang biteknologi, bidang maru muncul adalah biologi kimia (chemical biology) – memahami biologi melalui tindak balas kimia atau dari aspek kimia. so, you see, chemistry is every where ;-)

Sekian.

Wassalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Trending Articles