Assalamualaikum (w.b.t)
Saya juga ingin berkongsi tips tentang berhenti mrokok. Saya boleh dikatakan seorang perokok tegar, saya telah merokok selama 15 tahun. sehari mmg wajib ada 4 kotak dalam stok utk dihabiskan.masyaAllah. usaha dan doa byk mmbantu. walaupun byk kali gagal, tetapi saya tetap cuba berkali2. saya perbanyakkan makan buah betik, kadang kala sebiji betik saya habiskan seorang.Itu untuk sehari. semasa memandu biasanya perokok tegar akan mengisi masa memandu dengan menghisap rokok, tetapi saya tukar tabiat itu dengan memakan buah2an. senaman setiap petang juga banyak membantu menghilagkan ketagih, kerana peluh yang keluar akan membantu mengeluarkan sisa-sisa toksin dalam badan yang kita perolehi semasa merokok. InsyaAllah. Kini sudah setahun 1/2 saya berhenti. tidak ada rasa,minat atau niat untuk merokok semula. Alhamdulillah.
↧
Comment on FATWA: ISLAM HARAMKAN ROKOK by naza
↧