Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by lan

$
0
0

Sekiranya dalam sesuatu produk terdapat logo halal Malaysia, maka produk terbabit adalah halal iaitu Halal Malaysia selaras dengan prinsip Halalan Thoyyiban yang berasaskan Syariah dan diluluskan dengan mengambil kira aspek kualiti dan keselamatan. Pensijilan Halal Malaysia juga adalah tertakluk kepada MS 1500: 2009 dan ISO IEC Guide 65. Ia mempunyai jaminan intergriti, keselamatan, kualiti (GMP) kerana melalui sistem yang terbaik dunia, analisis halal, standard halal, penguatkuasaan dan sebagainya. ‘Halal jaminan terpilih’ merupakan tagline halal.
Walau bagaimanapun, sekiranya tidak terdapat Logo Halal JAKIM bagi sesuatu produk dan tiada dalam rekod JAKIM yang boleh diakses melalui portal Halal JAKIM, maka JAKIM tidak dapat mengesahkan sama ada sesuatu produk tersebut halal atau sebaliknya kerana semuanya bergantung kepada inisiatif sesuatu agensi untuk membuat permohonan kepada JAKIM.
Sebaliknya, sekiranya sesuatu makanan itu telah mendapat logo halal dari agensi swasta yang lain, maka kita haruslah mengajukan atau mempertikai isu halal tersebut kepada pemberi logo halal tersebut. Ini kerana ia tidak berada di bawah bidangkuasa JAKIM untuk membolehkan JAKIM mempertikai halal yang telah dikeluarkan oleh agensi lain. Hal ini turut disebut dalam Akta Perihal Dagangan 1972 yang tidak memberi autoriti atau kuasa kepada JAKIM secara tunggal dalam memberikan pensijilan halal di Malaysia. Di samping itu, JAKIM bersama Jabatan Peguam Negara sedang berusaha bagi mewujudkan Akta Halal dan mencadangkan agar JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri menjadi pengeluar tunggal atau competent dalam pengeluaran sijil Halal di Malaysia. Terkini, JAKIM telahpun bekerjasama dengan Jabatan Kimia Negara untuk melancarkan proses analisis halal bahan-bahan yang digunakan dengan lebih cepat dan tepat melalui cara DNA iaitu mesin pemecah molekul Tremocycler.
Manakala persoalan mengenai penggunaan emulsifier(E 471) telah terjawab. Penggunaan bahan tambah ini bagi sesebuah negara di dunia, bahan ini telah dibuat menggunakan bahan-bahan dari haiwan tetapi di Malaysia, JAKIM telah memastikan bahawa E 471 yang berasaskan tumbuhan sahaja yang akan digunakan oleh kilang-kilang berdaftar dengan JAKIM.
Begitu juga bagi bahan kritikal yang lain seperti lecitin, glycerin, JAKIM telah memastikan bahawa bahan-bahn ini adalah halal untuk digunakan oleh pengilang-pengilang sehingga melayakkan mereka mendapat pengesahan halal JAKIM. Sememangnya terdapat sebahagian bahan tambahan makanan ini boleh dihasilkan samada dari tumbuhan ataupun haiwan. Maka dengan itu, JAKIM telah berusaha dengan melakukan pemeriksaan dan ujian makmal untuk memastikan hanya food additive yang berasaskan tumbuhan sahaja yang akan digunakan oleh pengusaha yang mendapat pengesahan halal JAKIM.
Oleh yang demikian, dakwaan dari email atau website luar negara yang mengatakan bahan tambah (food additive) yang menggunakan kod E sebagai tidak halal adalah tidak boleh diterima untuk produk yang dikilangkan di Malaysia. Mungkin dakwaan tersebut benar untuk produk di luar negara tetapi tidak boleh diterima sepenuhnya untuk produk tempatan.
Sebagai rujukan, Bahagian Hab Halal JAKIM telah menyediakan buku panduan bertajuk “HANDBOOK OF HALAL FOOD ADDITIVES” pada tahun 2006. Dalam buku tersebut terkandung senarai kod yang terdapat di laman web tersebut. Kita boleh dapatkan buku tersebut secara percuma di Bahagian Hab Halal JAKIM di Cyberjaya. Bahagian Hab Halal merangkumi semakan status halal produk, premis dan rumah sembelihan yang mendapat Sijil HALAL MALAYSIA.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 878