Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all 878 articles
Browse latest View live

Comment on JAKIM ATAU HDC? by kadiri ngadimin

$
0
0

1. Inilah masalah JAKIM diwujudkan secara tidak ikhlas, politik semata2. Termaktub dlm perlembagaan- Hal ehwal Agama Islam dibawah Sultan/ Negeri. Bagaimana boleh wujud JAKIM dibwh JPM? kemudian mahu wujudkan Akta halal yg dikuatkuasakan oleh JAKIM. Bukan ini bertentangan dgn perlembagaan.- menjadikannya tidak sah. JAKIM berlagak spt ada kuasa tertinggi.
2. Perlukah ada Logo Halal, zaman dulu kita takut hendak makan produk yg dikeluarkan oleh perusahaan bukan org Islam eg: sosej, makan tin dsb sekalipun mereka letakkan logo Halal. sejak adanya JAKIM keluar logo Halal, msykt berasa selesa makan produk yg dikeluarkan oleh perusahaan bukan Islam. adakah org Islam beruntung kerana boleh makanan perusahaan bukan islam dgn selesa, siapa yg untung sebenarnya?? cadangan : Kuatkuasa oleh KPDN sebelum ini bukannya JAKIM, sesiapa shj boleh mendakwa produknya halal (tidak perlu logo halal standard- biar public yg iktiraf bukannya JAKIM) tetapi jika terbukti tidak Halal, ia boleh dikenakan tindakan.
3. kesilapan wujudnya JAKIm yg bertindak sbg badan tertinggi Islam negara (w/pun bertentangan dgn perlembagaan) menyebabkan byk kerja2 yg tak bertepatan. Ada jawatan utk kontrol Halal yg majoritinya non-muslim, mereka ini servis utk nonmuslim . sepatutnya servis kpd masykt islam. perusahaan kecil org Islam (spt kerepek K.selangor dsb) dianaktirikan, tidak bole dijual di supermarket krn tiada sijil halal JAKIM (tidak mampu nak mohon- mahal). Cadangan: mansuhkan Logo Halal yg tidak beri sbrg keuntungan kpd Org Islam.


Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Sebelum boleh memperkatakan status halal sesuatu ingredien makanan tersebut, eloklah kita terlebih dahulu tahu sumber pengeluarannya. Dalam kes glycerin, ia adalah merupakan produk hidrolisis (penghuraian air) lemak dan minyak : lemak/minyak + air + mangkin (asid/ enzim/ suhu/ tekanan) …..> glycerol (glycerin) + asid lemak bebas. Lemak/ minyak boleh bersumberkan haiwan dan haiwan. Memandangkan hampir 90% sumber minyak/lemak dunia sekarang adalah daripada tumbuhan, maka kemungkinan besar glycerin adalah daripada tumbuhan, maka hukumnya halal. namun kena sahkan dgn pengeluar. Manakala whye protein isolate, ia adalah produk yang dihasilkan daripada pembuatan keju, dimana dalam hal ini, casein (protein susu) dimendakkan oleh rennin, dan yang tak termendak itulah yang dinamakan protein wei. Bergantung kepada agen pengental (coagulant), sekiranya ia daripada sumber halal (rennet mikrob atau protease tumbuhan), maka hukumnya adalah halal. Lagi sekali ditegaskan, hampir 98% milk coagulant untuk pembuatan cheese adalah daripada mikrob terubahsuai genetik. Dapatkan pengesahan daripada pembekal.

Wassalam.

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Katanya ia adalah “non-alcoholic beer”. Kalau begitu ia harus dimakan! Wallahualam.

Comment on List of Non Halal by syida

$
0
0

salam……….
saya musykil la….dove halal ke skarang ni????
trima kasih….

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

ASM,
Pada pendapat saya ia adalah halal. bahan aktif 2,4-dichlorobenzyl alcohol itu bukanlah alcohol (sebenarnya ethanol) yang dihukumkan haram yang terbentuk semasa penapaian (fermentation) gula seperti yang terdapat dalam arak dan wain. Dalam sistem tatanama sebatian organik semua sebatian yang mempunyai struktur formula alkyl-OH (R-OH) atau aryl-OH (sebatian diatas termasuk kategori aryl-OH) dinamakan “ALCOHOL”. Harap maklum.
Wassalam.

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

ASM,

Mengikut keterangan dibawah :

What is Dove soap composed of?

The Dove soap ingredients for the “white bar” are: sodium cocoyl isethionate, stearic acid, coconut acid, sodium tallowate, water, sodium isethionate, sodium stearate, cocamidopropyl betaine, sodium cocoate or palm kernelate, fragrance, sodium chloride, tetrasodium EDTA, trisodium etidronate, BHT, titanium dioxide and sodium dodecyl benzene sulfonate.

Sebagai seorang ahli oleokimia dan kimia makanan, cuma satu sahaja ingredient yang “boleh” menjadi kerisauan pengguna Islam, iaitu sodium tallowate (sabun daripada lemak lembu – tallow). Yang lain itu adalah surfactants (sodium stearate, sodium cocoate or palm kernelate, sodium dodecyl benzene sulfonate), speciality surfactants (sodium cocoyl isethionate, sodium isethionate, cocamidopropyl betaine), untuk kelembutan kulit, plastisizer (stearic acid, coconut acid) untuk mendapatkan struktur, thickening agent (NaCl), builder agar boleh berbuih dalam air liat – “hard water” (tetrasodium EDTA, trisodium etidronate), opacifier utk memberi warna putih legap (titanium dioxide), dan antioxidant (BHT)
untuk mengelakkan sabun menjadi tengik.
Berhubung dengan sodium talloate, mengikut konsep istihalah (transformation), maka mazhab Maliki, Hambali dan ibn Tamyyah menghukumkannya harus sebab bahan asal (lemak lembu) telah berubah menjadi produk baru (sabun lemak lembu) yang sekali gus mempunyai nama dan ciri-ciri yang baharu pula menggunakan agen penukar yang halal (sodium/potassium hydroxide). Walaupun tallow boleh juga termasuk lemak haiwan lain (kambing, ayam/itik), tetapi umumnya ia adalah lemak lembu dan BUKAN lemak babi. Lemak babi dipanggil LARD!. Saya harap dengan keterangan ringkas ini, ia boleh merungkai kekusutan tuan/puan.
Wassalam.

Comment on List of Non Halal by add

$
0
0

salam..

saya ign brtny di mana saya boleh dptkn list brgn yg dihalalkn oleh jakim. latest update… berkenan isu dging MD yg diktakn xhlal… mengapa tiada pengesahan dri pihak jakim ?

Comment on List of Non Halal by norlidah

$
0
0

bnyk nyer soaln..pening jgk ustz2 nk jwb kn..kesian..pd sy, sy sokong 100 0/0 ulsn zamai…apa yg ada tnda halal, mkn je..yg x de tnda halal..jgn la di mkn/di minum…ps2 klau ps mkn/minum jika di ketahuai tanda halal tu plsu ke, x sah ke dll..itu tnggungjwb JAKIM memntau n dlm pemberian sijil halal, ps2 JAKIM jg kene berni menyiarkn di media2, mn yg halal, mn yg hrm, mn yg di tarik pensijiln halal nye, mn yg plsu, yg mn yg mencurigakn dll…memng lh mencri yg halal tu frdu bg stiap mukmin TP x kn stiap kli nk beli mknnn/minumn nk kene tel, sms, ceck kat internet dll, bukn kh itu dh jd menyushkn, ISLM tu bukn sesuatu yg menyushkn dn x blh jg shingga meringnkn {contoh klau dh nyata hrm..tetp hrm}..sbgai org ISLM, kita dikurniakn sift rs..jika nk beli or mkn/minum sesuatu tu, ada rs was2/x ykin..jgn la beli or mkn/minum..hbis crte..dlm dunia ni t’lalu bnyk yg blh di mkn n di minum..ada akl kita blh fkr mn yg baik n x baik utk kita n kluarga kita..


Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by baizura

$
0
0

klau kode E322 dan E476 camner??
adakah ia halal utk d mkn??
terdpt dlm produk cosway…..tq

Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by baizura

$
0
0

leh bgtau kandungan…e322 dan e476….

Comment on EMAIL “UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA” adalah PALSU by Khairulhannyssa89

Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Norman

$
0
0

hahahahaha…ko ni wak….menyalak kat bukit tunggi je….bukit tu x jadi ape2 pon.

Wat aper diaorang nak tengok/jawab/baca kat Forum ni aje..Banyak keje yang diaorang kena buat lagi yang lebih manfaat.

Kita kalu x leh nak confirmkan status halal @ haram tu just elakkan je la sehingga kita pasti.

Selemah-lemah Iman seseorang islam itu adalah dengan mengatakan “tidak” dan mengutuknyer didalam hati.

Kita memang insan yang lemah.

wallahualam

Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by loser

Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by eina

$
0
0

persoalan ye skrg mane kiter nkk thu sme ade ia btol dr asas tumbuh2han??

Comment on List of Non Halal by saerah

$
0
0

kenapa ada tanda halal sedangkan bahan itu telah dibuat kajian dan didapati mengandungi lemak babi contohnya kfc, mc donald, cadburry, sardin, maggi, ajinomoto..siapa yg bertanggungjawab memberi logo halal ini?jawab JAKIM!!!


Comment on List of Non Halal by akmal

$
0
0

saya ada makan mustard produk heinz..dlm mustard tersebut mengandungi distilled white vinegar..sy cari maklumat tentang cuka tersebut dan mendapati senua cuka diberpuat drpd ethanol..jd adakah makanan yg saya makan tersebut haram..?saya btul2 keliru,kalo mknan tu haram,knape tidak diasingkan di rak mknan haram di pasar raya..?

Comment on List of Non Halal by akmal

$
0
0

lagi satu..adakah semua mknan yg mengandungi cuka haram untuk dimakan kerana cuka sendiri diperbuat drpd ethanol…??

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Sdr Akmal
Assalammualaikum wbt.,
Utk mengelakkan kita membuat keputusan melulu, eloklah juga saya cuba jelaskan dgn ringkas apa itu cuka (vinegar). Cuka adalah produk pengoksidaan (oxidation) alkohol (di sini lebih tepat adalah ethanol) akibat daripada aktiviti bakteria acetobacter semasa proses fermentasi. Sdr ingat tak tentang tapai yang asalnya manis dan beralkohol, akan menjadi masam sekiranya dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama? Ini kerap berlaku apabila kita menghadiri majlis perkahwinan pada waktu yang agak lewat, menyebabkan alkohol di dalam tapai tersebut telah menjadi asid asetik (acetic acid). Larutan cair asid asetik (5 – 15%) dipanggil cuka (vinegar). mengikut hukum fikah, sekiranya arak itu telah menjadi cuka “dengan sendirinya” (sebenarnya ia dilakukan oleh bakteria Acetobacter), maka hukumnya suci/halal untuk dimakan.
Berhubung dgn “distilled white vineger”, berikut adalah petikannya drpd Wikepedia :

Distilled vinegar
Any type of vinegar may be distilled to produce a colourless solution of about 5% to 8% acetic acid in water. This is variously known as distilled spirit or “virgin vinegar”, or white vinegar, and is used for medicinal, laboratory and cleaning purposes as well as in cooking, baking, meat preserving, including pickling. The most common starting material, because of its low cost, is malt vinegar.

Saya haraf sdr dah jelas!

Wassalam.

Comment on List of Non Halal by akmal

$
0
0

Assalamualaikum Dr mamot bin said..terima kasih atas bantuan Dr kerana menjelaskan masalah dan kekeliruan yang saya hadapi..saya keliru pd mulanya dan takut makanan tersebut yg sy makan selama ni haram sbb itu sy bertanya kerana sy kurg jelas tentang hal ini..Terima kasih..

Wassalam

Comment on List of Non Halal by Fazz

$
0
0

i try key in the product ‘A+A LYCHEES @ ABU + ABOO BRAND’ but i dint get it the answer. This product has made from ZHANGZHOU, CHINA. di impot di TEIK SENN (M) SDN BHD. i just want to know the status of this product. tq.

Viewing all 878 articles
Browse latest View live