Maaf ada pembetulan. Alamat e-mel Dr. Lokman ialah lokman@islam.gov.my. Mungkin saudara Saiful dan yang lain-lain boleh cuba hubungi beliau ye!
Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said
Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Halalsurf.Com
Support http://www.halalsurf.com social network. Made in Malaysia.
Comment on List of Non Halal by Hasnixs
Adakah restoran Subway di Malaysia halal untuk dimakan?
Comment on List of Non Halal by cikSUE
terima kasih atas jawapan prof…
Comment on List of Non Halal by ayuni shahnun
baru-baru ini terdapat satu produkdari negara korea yg sangat popular kerana sgt berkesan. Nama produk itu ialah sabun tab-ex, hd essence dan pil tab ex. apa yg saya dapati ketiga-tiga produk ini tidak mendapat sijil halal JAKIM dan juga kelulusan dari KKM. apa yang menambahkan kemusykilan ialah wujudnya ‘ekstrak yis sake’ sbg salah satu bahan hd essence tersebut. setahu saya, sake itu adalah arak jepun yg diperbuat daripada beras. soalan saya, adakah ‘ekstrak yis sake’ itu halal digunakan dalam kosmetik. mohon perhatian dan penjelasan. takut nanti terdapat bahan syubhah dalamkosmetik tersebut dan memberi kesan kepada ibadah. sekian, terima kasih =)
DI SINI DISERTAKAN LINK UNTUK RUJUKAN TUAN:
http://naaziraiman.blogspot.com/2011/12/miracle-tab-hd-glow-essence.html
Comment on List of Non Halal by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said
Asm
Dari segi ilmiah, ia adalah merupakan produk sampingan pembuatan sake, iaitu yeast yang sememangnya digunakan untuk menukarkan gula/karbohidrat kepada alkohol (dalam hal ini sake). Yeast yang mendap di dasar fermentor dipungut dan diekstrak komponen bioactives (kemungkinan besar glycoprotein dan glucans kerana sifat pelembabnya) lalu digunakan dalam ramuan produk kosmetik. namun mereka yang terlibat dalam memberi sesuatu fatwa halal/haram mempunyai pandangan yang lain : apa yang bersumber daripada benda haram adalah haram hukum penggunaannya. Kami sebagai ahli sains tak berapa setuju dengan pandangan sempit sedemikian. Kami rasa mereka (para ustaz) perlu diberi penerangan dan kefahaman. Kita semua tahu yeast memang digunakan dalam pembuatan roti, kueh pau dan baulu sebagai agen penaik!yang berfaedah di
Comment on List of Non Halal by ayuni shahnun
jwpn prof tak lengkap, mohon dr jwb diberi jwpn yg lengkap. namun apa saya berpendapat ekstrak yis sake ini haram digunkan kerana yis yang digunakan telah terlibat dalam proses pembuatan sake malah adalah produk sampingan sake. oleh itu ianya adalah sebahagian dari sake, iaitu arak dan najis untuk digunakan. yis dalam pembuatan roti dan kek pula adalah berbeza kerana yis yang digunakan adalah yis yang tulen dan tidak diekstrak dari arak seperti yis sake. namun begitu, ini tidaklah sama dengan alkohol dalam minyak wangi kerana alkohol minyak wangi mempunyai pemprosesan dan struktur molekul yang berbeza dgn arak. mohon penjelasan lanjut tuan
Comment on List of Non Halal by ayuni shahnun
*maaf: kaedah ini juga digunakan dalam penetuan alkohol dalam wangian dan arak. alkohol yang terkandung dalam arak tidaklah sama dengan alkohol dalam minyak wangi kerana alkohol minyak wangi mempunyai proses pemprosesan dan struktur molekul alkohol yang berbeza dgn arak serta kandungan alkohol yang berbeza. mohon penjelasan lanjut tuan
Comment on List of Non Halal by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said
Benar, sebatian alkohol di dalam arak dan wine terutamanya adalah ethanol dan sedikit propanol/butanol. Manakala dalam minyak wangi (perfume), alkohol adalah dalam bentuk ethanol denat, atau glycerol sebagai pelarut yang digunakan sebagai pelarut (solvents); disamping higher alcohols seperti citronellol, cineol, graniol, pineol yang merupakan komponen utama didalam minyak pati (essential oils – terpenoids/terpenes) disamping esters. Dari segi proses penyediaan, ethanol dikumpulkan daripada alcoholic fermentation, manakala minyak wangi melalui steam distillation/hydrodistillation + pelarut. Saya haraf puan dah jelas sekarang
Comment on Sumbang Artikel Di Sini by Maira Amran
salam.. saya nak tahu sekiranya pewarna rambut yang ada cop halal jakim benar2 halal..iaitu halal dari segi solat..adakah cume ia tidak dibuat dari bhn halal tetapi tidak telap air.. saya dengar,ia dibuat drpd bnda halal tetapi tidak telap air..kalau ada yang telap air,sila nyatakan,,terima kasih
Comment on EMAIL “UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA” adalah PALSU by news
Is it alright to insert part of this in my webpage if I publish a reference point to this web site?
Comment on HADIS-HADIS PALSU TENTANG KEUTAMAAN SOLAT DAN PUASA DI BULAN REJAB by abahustad
smoga kaum muslimin tdk trsesat karna hadis yg dhoib ini.
Comment on List of Non Halal by ox kartoon
be2l 3x…
Comment on List of Non Halal by ox kartoon
sye skong…3x
Comment on Sumbang Artikel Di Sini by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said
Wa-alaikumussalam wbt.,
Pewarnaan rambut melibatkan tindak balas kimia in situ dan ada 3 jenis :
1) reactive hair dying : tindakan kimia in situ (berlaku di batang rambut) antara bahan kimia asas (Toluene 2,5-diamine sulfate) dgn coupler (umumnya sebatian phenols, jenis berbeza memberikan warna/redupan berbeza2) tindakan garam plumbum (Pb) dgn gugusan thiol (-SH) pada keratin rambut membentuk PbS yang berwarna hitam (Perhatian : sebatian yg mengandungi Pb adalah beracun!)
3) pembentukan polimer antara quinone dalam daun inai (dinamakan lawsone) dengan keratin rambut membentuk warna keperangan (ausburn).
Umumnya ramuan pewarna rambut hampir serupa dgn kream rambut – mengandungi secondary surfactant yang boleh dibuang dengan mencuci. Oleh itu ia tak mencegah air sampai kepada batang rambut/kulit kepala. Itulah sebabnya kenapa JAKIM memberikan cap halal.
Wassalam.
Comment on Sumbang Artikel Di Sini by Maira Amran
assalamualaikum..jadi,pewrna yang ada tanda halal jakim boleh dibawa solat la??
Comment on Sumbang Artikel Di Sini by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said
Wasm,
Ya sebab ia tak mengandungi lemak/minyak yang boleh menghalang air sampai ke batang rambut. Yang ada adalah bahan aktif (bahan kimia yang bertindak dengan protein rambut membentuk warna, atau masuk ke dalam rambut dan berlaku tindak balas kimia in situ), surfaktan dan perapi (conditioner) yang boleh dibilas dengan air; sama halnya dengan syampu.
Wassalam.
Comment on Sumbang Artikel Di Sini by Maira Amran
terima kasih Prof !!
Comment on Dedikasi by shariful arzmi@facebook.
saya pun sama juga ingin tahu adakah produk makanan keluaran samudrafood dari jinjang ini halalan toiyiban atau halal sahaja…sebab ia memang dapat sambutan yang baik dan memang enak.saya tiada keraguan tetapi setelah menyemak semula saya inginkan kepastiaan.
Comment on EMAIL “UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA” adalah PALSU by address
How come you do not have your web site viewable in mobile format? cant see anything in my phone.