Ia ada yang halal dan ada yang haram. Kalau ada tanda “halal” itu maka halallah hukumnya. Cuba lawati laman web ini http://en.wikipedia.org/wiki/Root_beer
Wassalam.
Ia ada yang halal dan ada yang haram. Kalau ada tanda “halal” itu maka halallah hukumnya. Cuba lawati laman web ini http://en.wikipedia.org/wiki/Root_beer
Wassalam.
dalam kursus halal baru2 ni ( HDC) , saya dimaklumkan bahawa root beer pada a&w sahaja yag TERlepas penggunaan perkataan “beer”. Selepas itu, perkataan beer tidak boleh lagi diguna pakai dalam mana2 product halal sekiranya product tersebut ingin mendapatkan sijil halal dari JAKIM . wallahualam.
lupa pulak nk menjawab..halal ( based on adernya tanda HALAL dari JAKIM).
Saya rasa hairan kenapa takde penulis dari JAKIM yang memberi sebarang penjelasan.
Kemungkinan . . . . . . . . . .
orang JAKIM tak pernah baca website ini. .? (mustahil)
orang JAKIM tak cukup ilmu nak jawab ? (mustahil)
orang JAKIM nak lepas tangan ?. . .(mungkin)
orang JAKIM malas ? (orang JAKIM kena jawab ni)
berbagai pandangan dan persepsi masyarakat terhadap JAKIM. Mohon JAKIM buat tindakan dan penjelasan yang intiqomah. Jangan tunggu laporan orang awam semata-mata, toolonglah buat homework sikit. . . .please.
Produk minyak sapi QBB Pure adakah halal atau tidak?
salam,
saya nak tahu adakah pewarna makanan (dijual dlm botol kecil) yang terdapat di pasaran malaysia halal? saya terbaca dalam laman web indonesia bahawa pewarna makanan jenis murah (sintetik) mengandungi geletin supaya tidak cepat rosak. kalau pewarna- pewarna ini tidak halal, maknanya sebahagian besar kuih lapis sarawak tak halal kerana menggunakan pewarna makanan yang sangat banyak.
assalamualaikum, nak tanya, semalam i ada terima hamper raya. dalam tu ada premier salute sparkling drinks. white grape. dalam kandungan tiada dinyatakan ada alkohol. Boleh kah diminum. halal or not
salam,
saya nak tanya adakah restoran h&h (kota damansara)
halal?
Assalamualaikum,
saya betul2 kehairanan membaca kebanyakkan soalan tak masuk akal yang ditanyakan di atas ( cuma ada beberapa saja soalan yang dikira logik akal ).
Kenapa byk sgt yg bertanya pasal status restoran…brg makanan la…dan macam???
kalau dah tau restoran takde sijil halal ( tgi friday la…old town la….ape2 laaaa….dan lagi satu,adakah anda pasti restoran2 melayu tu halal semuanya??? ), lebih baik elakkan, jgn mengada2 la nak makan di situ.
Kalau nak beli barang pula, kalau ada sijil halal,bolehla beli ( tak kisahla sijil JAKIM ke, negeri ke, new zealand ke, thailand ke….kalau nk kepastian samada sijil selain jakim tu halal ke tak , boleh je check di website JAKIM, mereka ada senaraikan badan2 HALAL untuk seluruh dunia ). Tak semestinya kalau tak ada halal JAKIM, bende tu tak halal.Tiap2 negara ada badan agama mereka sendiri, tak kan la pulak dorg nak guna JAKIM.Kalau brg yang anda nk beli tu tak termasuk dlm senarai halalnya, JANGAN BELI, kan mudah macam tu. Pelik betul org2 sekarang ni…dah tau takde HALAL, seboleh2 nak beli jugak. Kan sekarang ada banyak pilihan lain.
Kalau yang ada minta jakim siasat itu, siasat ini, anda juga perlu tahu, di MALAYSIA ni, para pengusaha mknan, restoran dsbgainya TIDAK DIWAJIBKAN memohon sijil halal. Cuma bagi pengusaha yang lebih bijak dan prihatin, mereka akan memohon juga sijil halal ni.
Jadi, ringkasannya di sini, anda sebagai pengguna, perlulah menggunakan akal fikiran dan pegangan agama yang ada dlm urusan seharian anda semua. Kalau HALAL, beli/makanlah. Kalau TAK HALAL/HARAM, tinggalkan.
assalamualaikum, produk jenama sun.maid naturalcalifornia RAISIN, tiada tanda dan logo HALAL, saya keliru adakah produk ini HALAL???????????????
ASM,
Raisin adalah sejenis anggor kecil yang dikerimhkan. Ia adalah daripada alam tumbuhan (nabati). Kenapa pula tak halal?
ASM,
Saya setuju dgn kata-kata sdri Wardina. Saya nak tambah satu lagi, iaitu kita kenalah berilmu. Kalau tak tahu, maka tanyalah kepada mereka yang tahu. Itulah yang kebanyakkan mereka lakukan – bertanya. Mungkin kadang-kadang caranya agak kurang….. Maafkan saya. Tak ape. Saya akan cuba berkongsi ilmu setakat apa yang saya tahu.
Wassalam.
ASM,
Sepengetahuan saya, pewarna makanan yang ada dipasaran adalah hampir kesemuanya adalah sintetik (dihasilkan daripada produk arang batu – aniline) dan mereka diberik kod F&D atau kod IC. Cuma sangat sedikit daripada sumber asli kerana pewarna asli seperti anthocyanin, carotenoids, betanins, quinones, chlorophylls adalah tidak stabil. Setahu saya gelatin digunakan dalam makanan sebagai bahan pengel (gelling agent), pemekat (thickening agent) dan penstabil emulsi (emulsion stabilizer). Tak ada pula digunakan sebagai bahan awet, bahkan sebagai produk hidrolisis kolagen – sejenis protein tisu penghubung, ia sendiri mudah rosak (putrifaction).
assalamualaikum.. saya mau bertanya disebabkan keraguan di dalam hati.. adakah strepsils halal? strepsils adalah salah satu alternatif untuk melegakan sakit tekak (medicine for sore throats).. Saya bru sedar selepas ditanyakan oleh seorang teman rapat mengenai status halal strepsils.. salah satu bahan kandungannya ialah 2,4-dichlorobenzyl alcohol sebanyak 1.2 mg..
Wa-alaikumussalam wbt.,
Bahan aktif 2,4-dichlorobenzyl alcohol itu bukan alkohol yang dimaksudkan khamar di dalam hukum syariah. Walaupun dari segi pengkelasan kimia organik ia adalah alkohol, tetapi ia adalah aromatic alcohol yang disintesis secara kimia. Sedangkan khamar mengandungi ethanol, iaitu aliphatic alcohol (primary alcohol with straight carbon bond) dan merupakan produk penapaian (fermentation) produk bergula. Justeri strepsil adalah halal kerana bahan kimia itu bukan alkohol (ethanol) dan ia dihasilkan secara kimia.
Wallahu-alam.’
Tuan Dr.
Saya musykil dengan kenyataan kod E yang terdapat di internet, setengah tu mengtakan halal setengah tu haram. Boleh senaraikan kod E..?… yang jelas tidak halal.
sekian TQ
SAYA NAK TANYA.
1. CARBONATED FRUIT JUICE DRINK. ADA TULIS NON ALCOHOLIC. MADE WITH REAL FRUIT JUICE FROM CONCENTRATE. MADE IN BELGIUM. 750 ML.
2. RED SPARKIS SPARKLING GRAPES JUICE. ADA TULIS NO ALCHOLIC.
SETIAP TAHUN DAPAT HAMPER PERCUMA ADA DALAM HAMPER.
BOLEH DI MINUM KE OLEH ORG ISLAM?
ASM,
Boleh diminum kerana ia tidak ditapaikan (fermented), justeru tiada alkohol terbentuk. Kalau ditapaikan, barulah alkohol terbentuk dan ia menjadi wine. Percayalah apa yang mereka kata. Lazim orang Eropah lebih profesional dan undang-undang mereka lebih ketat. Kalau katanya non-alcoholic, maka memang betul-betul non-alcoholic
ASM,
Untuk menjelaskan isu halal-haram ini, saya kena terangkan secara teknikal sedikit. Umumnya yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah ingredient dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) : Kod E400 -E499. Pengemulsi adalah sebatian kimia yang mempunyai kedua-dua sifat suka air (hydrophilic/lipophilic) dan suka minyak (lipophilic/hydrophobic) kerana didalam molekulnya ada kedua-dua gugusan yang suka minyak (rantai hidrokarbon, misalnya daripada rantai asid lemak) dan suka air (lazimnya gugusan yang bercas, misalnya sulfat, phosfat, amina, dan polar seperti gula dan lain-lain poliol). Untuk pengetahuan umum, asid lemak (fatty acids) diperolehi daripada lemak/minyak; manakala lemak/minyak boleh pula berasal daripasa sumber haiwan dan tumbuhan. Isu halal/haram timbul sekiranya sumber itu adalah daripada haiwan yang haram dimakan atau tak disembelih mengikut syara’. Pemilihan sumber ini sangat bergantung kepada negara pengilang – apakah sumber yang banyak/murah ada dinegara tersebut. Kalau di NMalaysia, sudah tentulah sumbernya minyak sawit. Namun masyarakat Barat sangat sedar tentang isu ini, justeru seboleh mungkin mereka gunakan sumber daripada tumbuhan. Mereka kena jaga kepentingan bisnes mereka dengan dunia Islam. Nasihat saya kepada saudara, dalam hal ini kita kena percaya apa yang dinyatakan oleh pengeluar, sama ada ia adalah “from plant origin” atau sebaliknya. Cara lain adalah bertanyakan kepada pengilang status halal ingredients yang mereka gunakan.
Wallahualam.
Kalau dah ragu-ragu tu lebih elok dielakkan. Sebgaimana saranan Nabi, tingglakanlah apa yg meragukan engkau kepada apa yg tidak meragukan.