Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all 878 articles
Browse latest View live

Comment on List of Non Halal by Nur

$
0
0

assalamualaikum…adakah EVERSOFT FACIAL CLEANSER halal untuk digunakan?…saya perhatikan bahawa ramai orang ISLAM yang menggunakannya tapi tidak terdapat logo HALAL…ini adalah bahan2 yang terkandung dalamnya :

Ingredients : Water, Palmitic Acid, Myristic Acid, Glycerin, Stearic Acid, Potassium Hydroxide, Potassium Cocoyl Glycinate, Methylpropanediol, Glyceryl Stearate, Persea Gratissima (Avocado) Oil, Lauric Acid, Triclosan, Organic Ginkgo Biloba, Citrus Paradisi Fruit Extract, Pentasodium Triphosphate, Polyquaternium-10, BHT, Tetrasodium EDTA, Fragrance, Methylisothiazolinone

mohon penjelasan…terima kasih…


Comment on List of Non Halal by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wasm,
Kebanyakan ramuan adalah bahan kimia, cuma sedikit daripada ekstrak tumbuhan yang bertindak sebagai bahan bioaktif. cuma ramuan yang boleh meragukan adalah bahan kimia daripada hidrolisis lemak/minyak : asid lemak (asid palmitik, miristik, stearik, laurik) dan gliserin. Memandangkan sumber utama minyak/lemak pada masa ini adalah daripada tumbuhan (minyak sayuran seperti minyak sawit, soya, zaiton, bunga matahari, kanola), kemungkinan besar asid-asid lemak tersebut dan gliserin adalah daripada sumber minyak tumbuhan. Walau bagaimanapun, hanya pengilang yang tahu dari sumber mana (lemak haiwan atau minyak tumbuhan)itu diperolehi.

Comment on List of Non Halal by Asmawati Alias

$
0
0

Assalamualaikum, saya merupakan pengguna sejenis produk kecantikan dan kesihatan berjenama NK FTs petua awet muda. Baru baru ini saya di beritahu bahawa produk tersebut mengandungi kalogen yang diperbuat dari uri, adakah benar berita tersebut sedangkan produk tersebut mempunyai tanda halal jakim! tolong beri respond dan penjelasan!

Comment on BINATANG YANG HALAL DAN HARAM by Feyka

$
0
0

eh , saya nk tnya pon takut sbb byk soalan yg ustz x jwb agy :(

Comment on BINATANG YANG HALAL DAN HARAM by Feyka

$
0
0

Ada pekerja melayu yg jual babi , dan ada pembeli bukan melayu yg beli, dosa ke pekerja tuh sbb dy kerja krana dipaksa oleh org cina yg sebenarnya ngaku sebagai kwn dy . Kalau dy x ikut ckp “kwn” dy tuh,dy kne bunuh . Dosa ke dy ???

Comment on BINATANG YANG HALAL DAN HARAM by Feyka

$
0
0

xnk jwb xpe,sbb sy pon xnk amek thu sgt

Comment on List of Non Halal by cikSUE

$
0
0

assalamualaikum..sy menggunakan pencuci muka jenama garnier aqua defense (buah-buahan)…apabila sy search kt page,xda pn produk yg saya guna skang ni..kat tiub tu byk tulisan cina,ttp ada jgak tulisan melayu?camne ye prof,halal ke tidak??iklan kt tv pn dia ada state situ halal..tp sy was-was dgn perasa(buah-buahan) ini..terima kasih

Comment on List of Non Halal by izzul 37s

$
0
0

Aqua, Alcohol Denat., Aluminum Chlorohydrate, PEG-8, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Parfum, Octyldodecanol, Hydroxyethylcellulose, Citric Acid, Geraniol. Net weight : 25 ml.


Comment on List of Non Halal by izzul 37s

$
0
0

Soalan sy,adakah nivea cool kick yg mpunyai bahan2 kat atas tu halal? Terutamanya alcohol denat yg berasal dr ethanol…satu lg,adakh cetyl alcohol jg halal?

Comment on List of Non Halal by Handri

$
0
0

Makanya pake produk indonesia udh halal ada sertifikat dari MUI(MAJELIS ULAMA INDONESIA)
PRODUK INDONESIA,KUALITAS MANCANEGARA
HAHAHAH FUCK MALAYSIA:D

Comment on List of Non Halal by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said

$
0
0

wa-alaikumussalam wbt.,

Maaf sbb agak lambat respons. Produk itu dikilang di China, itu sbb ada tulisan Cina pd labelnya. mengikut laman webnya, ia mengandungi vitamin E dan jus buah-buahan dan bukannya perisa buah-buahan seperti yg Puan jangkakan. Jus buah-buahan memang kaya dengan asid buah-buahan (fruit acids) yang dalam Sains Kosmetic dikategorikan sebagai alpha hydroxy acids (AHA). Contoh AHA daripada buah-buahan ialah malic (apple), tartaric (anggor) dan citric (orange/citrus) acids. AHA lain adalah lactic acid daripada susu. AHA sememangnya baik untuk kulit sebagai pelembab dan anti penuaan (membuang garis-garis halus/kedut). Ia juga digunakan dalam sediaan pengelupasan kulit untuk mendapatkan kulit yang baru, licin dan lembut. Oleh kerana dalam TV telah dikatakan ianya halal, justeru bolehlah gunakan tanpa ragu-ragu.
Wassalam.

Comment on List of Non Halal by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Asm,
Sebelum saya memberi pandangan, biar dulu saya nyatakan apakah itu alcohol denat dan cetyl alcohol dan istilah alcohol dalam ilmu kimia organik berbanding dalam ilmu fiqah. Dalam bidang kimia organic (organic chemistry), alkohol adalah sebarang sebatian organik yang mempunyai gugusan hydroxyl (-OH) didalam struktur molekulnya. Formula umum adalah R-OH. Ada yang mempunyai satu gugusan -OH, ada yang dua dan ada yang >2 yang dipanggil polyols. Sebaliknya dalam ilmu fiqah, alkohol (alkohl dlm bahasa Arab) adalah ethanol (CH3CH2OH) yang terhasil daripada penapaian (fermentation) gula (glucose). Ethanol memang memabukkan. Manakala alcohol denat bermaksud “denatured alcohol”. Dalam kes ini alkohol (ethanol) telah dicampur dengan bahan lain agar ia tak boleh diminum. Oleh itu ia tak memabukkan sebab tak boleh dimakan. Maka hukum menggunakan alcohol denat dalam produk kosmetik adalah harus! Manakala cetyl alcohol adalah fatty alcohol – iaitu alkohol (R-OH) yang dihasilkan dengan menghidrogenkan (hydrogenation) palmitic acid (CH3(CH2)15OH). Oleh itu ia bukanlah ethanol, justeru harus digunakan.
Wassalam

Comment on List of Non Halal by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Adakah saudara warganeraga Indonesia yang tinggal di Malaysia??? Kata-kata saudara di akhir kalimat adalah kurang beretika dan kurang sopan, ditambah dengan smiley menjelirkan lidah. Saudara Handari, jadilah manusia yang bermaruah!

Comment on List of Non Halal by izzul 37s

$
0
0

Sori,satu lg soalan,kalau mcm tu sume bahan2 dlm deodoran tu pon halal lah,maksud sy takde unsur2 haiwan..

Comment on List of Non Halal by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Ya. Kalau nak pasti, berikan saya ingredients yang terdapat di dalam deodorants tersebut. Nanti boleh saya teliti.

Wassalam.


Comment on List of Non Halal by izzul 37s

$
0
0

Aqua, Alcohol Denat., Aluminum Chlorohydrate, PEG-8, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Parfum, Octyldodecanol, Hydroxyethylcellulose, Citric Acid, Geraniol. Net weight : 25 ml.
Ingredients ni ambik kat USA classified kat internet sbb takde tunjuk kat botol deodorant..hrp prof blh bls cepat..tq

Comment on List of Non Halal by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wasm,
Ok, tiadak ada ramuan yang meragukan. Semuanya bahan asli dan bahan kimia yang disintesis. Tentang logo halal ni, umumnya mereka letak pada bahan makanan. Keperluan meletakkan logo halal di produk kosmetik belum menyeluruh lagi.

Comment on List of Non Halal by izzul 37s

Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by saiful

$
0
0

salam..sy sekeluarga sekarang begitu berhati2 untuk membeli makanan..tk semue logo “HALAL” jakim tu halal…harap pihak bewajip myediakan buku bkaitan “HALAL&HARAM” dalam makanan agar umat islam di malaysia tidak ttipu..tk guna jugak jika sharian bibadat ttapi makanan yg kita makan meragukan ksahihannya..

Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wasm,

Saya setuju dengan saranan saudara. Pihak berwajib terutamanya JAKIM perlu respons kepada keluhan pengguna Islam. Tak tahulah saya sama ada mereka ada memasuki laman web/blog ini. Saya pernah maklumkan Dr. Lokman Abd Rahman (logman@islam.gov.my) daripada JAKIM tentang laman web ini, terutama persoalan yang sering dikemukakan oleh pembaca/blogger sekelian. Ini bukan bidang tugas saya!

Viewing all 878 articles
Browse latest View live