Rempah keluaran Baba’s adalah diiktiraf Halal. Akan tetapi persoalannya samada pensijilan Halal boleh dibuat kepada Babas. Perkataan ‘Baba’ bermakna orang alim dalam agama Hindu. Macam Sai Baba Shidri atau Sathya Sai Baba. Simbol jenama Baba’s pula menggunakan simbol tantrik agama Hindu berbentuk Hexagon dan ini juga dikatakan simbol Dewa Hindu Durga. Warna ‘saffron’ / emas kekuningan dalam logo Babas adalah merupakan warna dianggap paling suci dalam agama Hindu. Persoalannya macamana kerajaan boleh luluskan cap dagang Baba’s ni walaupun undang-undang kita melarang penggunaan simbol dan nama keagamaan dari digunakan sebagai cap dagang barangan dan perkhidmatan? Seterusnya bagaimana sijil Halal boleh diberikan sekiranya nama produk berkait rapat dengan simbol dan nama keagamaan Hindu?
↧