E475 adalah ester asid lemak poligliserol atau juga dikenali sebagai PGFA. Ia adalah produk pengesteran antara poligliserol dengan asid lemak. Kedua-dua gliserol dan asid lemak boleh bersumber daripada lemak haiwan dan minyak minyak, bergantung kepada sumber lemak/minyak terbanyak di negara pengeluar. Namun penghasilan gliserol secara kimia boleh juga dilakukan, misalnya daripada pengklorinan alil klorida dan pengoksidaan akrolein.
Justeru, kena pastikan dengan pengilang sumber bahan mentahnya. Lazimnya adalah daripada minyak sayuran kerana itulah sumber utama keluaran minyak/lemak dunia.
↧
Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said
↧