Saya memang memilih barangan halal ,suci dan berkualiti serta benar dari segi fakta saintifik tentang keberkesanannya. Tapi saya kurang gemar dengan produk rakan muslim kita yang kebanyakkan dijual dengan harga mahal bermula dari butik orang melayu kita hinggalah barangan kesihatan dan kecantikan yang cukup popular hari ini.
Apa yg saya lebih kurang faham ada memasarkan dengan menyatakan produknya bersih dan dibuat, dibungkus,dan segala proses adalah pekerja-pekerja yang sembahyang tak tinggal dan mengambil sembahyang. Isunya..bukankah sembahyang itu wajib dan mensucikan diri itu memang tuntutan,.bukan untuk dijual beli. Sy fikir mengumpulkan secara tak langsung orang islam yang membuat atau bekerja dengan syarikat pembuatan lain makanan kecantikan atau kesihatan adalah tidak sembahyang atau x pasti bekerja dalam tuntutan agama agak tak bijak.
Saya percaya barangan tersebut memang baik tapi harap dapat berkira tentang masyarakat melayu kita yang kebanyakkannya orang sederhana. bukan kah rezeki itu dari Allah, kan lebih baik jika ditambahkan dengan niat membantu lebih ramai saudara muslim dapat munafaat, bukankah bila ramai membeli walau harga sederhana, laba dapat juga diperolehi?, Secara tak disedari ramai orang kita yang tak berapa berada berhabis hingga ke suku gaji membeli barangan yang dimaksudkan walhal byk lagi hal kehidupan yang perlu dipertimbangkan dalam keluarga.
Kepada penjual barangan baik seperti yang dipromosikan yang berharga tinggi harap usahakan lah untuk membantu agar lebih ramai orang kita mendapat manfaat terutama pak cik makcik di kampung yang memang perlu produk kesihatan misalnya atau alatan kesihatan .Janganlah membiarkan mereka menghabiskan wang simpanan sebulan hasil kerja kampung mereka untuk mendapat barangan tersebut.
maaf jika ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini
sekian , terima kasih