Wa-alaikumussalam wbt.,
Bahan aktif 2,4-dichlorobenzyl alcohol itu bukan alkohol yang dimaksudkan khamar di dalam hukum syariah. Walaupun dari segi pengkelasan kimia organik ia adalah alkohol, tetapi ia adalah aromatic alcohol yang disintesis secara kimia. Sedangkan khamar mengandungi ethanol, iaitu aliphatic alcohol (primary alcohol with straight carbon bond) dan merupakan produk penapaian (fermentation) produk bergula. Justeri strepsil adalah halal kerana bahan kimia itu bukan alkohol (ethanol) dan ia dihasilkan secara kimia.
Wallahu-alam.’