ASM,
Sepengetahuan saya, pewarna makanan yang ada dipasaran adalah hampir kesemuanya adalah sintetik (dihasilkan daripada produk arang batu – aniline) dan mereka diberik kod F&D atau kod IC. Cuma sangat sedikit daripada sumber asli kerana pewarna asli seperti anthocyanin, carotenoids, betanins, quinones, chlorophylls adalah tidak stabil. Setahu saya gelatin digunakan dalam makanan sebagai bahan pengel (gelling agent), pemekat (thickening agent) dan penstabil emulsi (emulsion stabilizer). Tak ada pula digunakan sebagai bahan awet, bahkan sebagai produk hidrolisis kolagen – sejenis protein tisu penghubung, ia sendiri mudah rosak (putrifaction).