Wa-alaikumussalam wbt.,
Berikut adalah identity ingredients tersebut:
E435 – Polyethylene sorbitan (20) monostearate : pengemulsi
E471 – Mono- & Diglycerides of fatty acids : pengemulsi
Memang kedua-dua pengemulsi itu adalah berasaskan lemak/minyak (termasuk gliserol dan asid lemak) dan lemak/minyak boleh bersumberkan haiwan dan tumbuhan. Kalau dah dinyatakan oleh pengeluar bahawa ia adalah bersumberkan tumbuhan, maka sudah tentulah ia menggunakan minyak sayuran, maka hukumnya halal.
Kenyataan dalam internet itu adalah SALAH kerana lemak babi bukan ingredient, justeru tiada kod E untuknya. Perlu diingatkan kod E adalah merujuk kepada kod yang digunakan oleh Kesatuan Eropah (EU) untuk mengklasifikasikan semua ingredient makanan mengikut jenis kimianya. Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah musuh Islam yang suka kita hidup dalam panics, walhal ia sebenarnya berupa pembohongan utk mempersenda dan memperbodohkan orang Islam.
Wassalam.
↧
Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Dr Mamot Bin Said
↧