Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Pn Azie,
ASM
Berikut adalah identiti semua ingredient berkod E yg dinyatakan :
E422 – Glycerol : pelembab (humectant)
E440 – Pectin : agen pengel (gelling agent)
E295 – Malic acid : asid organik yang banyak terdapat dlm buah apple
E327 – Calcium lactate : garam kalsium asid laktik. Asid laktik dihasilkan daripada fermentasi asid laktik oleh bakteria Lactobacillus lactis
E450 – beberapa garam diphosphates : sebagai pengemulsi, disediakan secara kimia
E500 – Sodium carbonate : agen penaik doh (melalui penghasilan gas CO2)
E322 – Lecithin : pengemulsi makanan, sumber industri daripada soya
E471 – Mon- Diglycerides : pengemulsi makanan
Daripada senarai tersebut, cuma E422 dan E471 yang menjadi kerisauan kerana kedua-duanya bersumberkan lemak/minyak. Sebenarnya ia bergantung kepada sumber utama yg terdapat di negara pengeluar ramuan tersebut. Kalau di Malaysia, sumber adalah minyak sawit, Kanada adalah canola oil, US minyak soya/jagong. Cuma pengilang saja yang tahu sumber bahan mentah yang digunakan utk menyedialakan E422 dan E471. Perlu diingat, bekalan minyak/lemak dunia adalh minyak sayuran (vegetible oils).

Wassalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 878