Wa-alaikumssalam wbt.,
Maksudnya emulsifiers dan ramuan lain yang mempunyai gugusan asil (acyl group – fatty acid group) dan glycerol adalah daripada sumber minyak tumbuhan. Alhamdulil-Allah ianya halal. Yang lain tu adalah bahan kimia yang disediakan secara kimia, manakala hyaluronate disediakan secara bioteknologi – fermentasi.
Berhubung dengan behenyl alcohol adalah produk penurunan (reduction product) daripada asid behenik. Asid bebenik (C22:0) disediakan melalui penghidrogenan erucic acid yang banyak terdapat dalam rapeseed oil. Sumber asal adalah Ben oil (or behen oil), yang diekstrak daripada biji Ben-oil tree (Moringa oleifera).Walaupun dari segi kimia ia adalah sejenis alcohol (formular umum R-OH), namun ia bukanlah alkohol (alkhol dlm bahasa Arab) yang dimaksudkan dalam hukum fikah – iaitu ethyl alcohol – ethanol yang dihasilkan daripada pembuatan arak (khamar) – produk fermentasi gula oleh yeast menjadi ethanol dan gas karbon dioksida.
Justeru penggunaan produk di atas adalah harus.
Wassalam.