Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Oh, baru saya teringat. Kes alkohol dalam ribena ini pernah disuarakan oleh pengguna Islam di UK kira-kira 2 tahun dulu. Pendapat peribadi saya dalam hal ini adalah seperti berikut :

1. Disebabkan masalah pengendalian, telah berlaku pencemaran yis (yeast) pada bahan mentah (buah anggor) yang digunakan sebelum pemprosesan lalu mnyebabkan berlakunya fermentasi spontan (spontaneous fermentation) gula membentuk alkohol (disini dihadkan kepada etil alkokol – etanol).

2. Proses pembotolan/pempasteuran kurang sempurna sehingga menyebabkan terdapat sebilangan kecil yis yang masih mandiri (servive) yang boleh menyebabkan fermentasi gula membentuk alhohol (etanol) dan gas karbon dioksida.

Kedua-dua kemungkinan tersebut (pembentukan sebelum & selepas pemprosesan) sukar dielakkan kerana produk tersebut adalah produk tinggi gula yang cenderung mengalami fermentasi beralhohol (alcoholic fermentation) sekiranya terdapat pencemaran silang (cross contamination), terutama mikroorganisma yis. Oleh kerana alkohol tersebut terbentuk semasa pemprosesan produk (BUKAN bertujuan membuat wain), maka mengikut fatwa JAKIM ia dibolehkan. Sila layari laman web berikut untuk kepastian : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-berkaitan-etil-alkohol-dalam-makanan

Wassalam


Viewing all articles
Browse latest Browse all 878