Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,

E322 adalah lecithin dan sekarang sumber komersil lecithin adalah daripada soya – soya lecithin. Ia adalah phosphatidylcholine, iaitu sejenis phospholipid yang digunakan sebagai emulsifier makanan. Sumber asli juga boleh diperolehi daripada kuning telur (egg yolk), itulah sebabnya ia digunakan dalam pembuatan kekdi rumah.

Manakala E476 adalah polyglycerol polyricinoleate, iaitu emulsifier baru umumnya untuk menggantikan lecithin. Namun ia lazim digunakan bersama-sama lecithin. Ia disediakan daripada proses esterification antara polyglycerol (juga secara industri disediakan secara kimia) dengan ricinoleic acid iaitu sejenis asid lemah hidroksi (hydroxy fatty acid) khusus ditemui didalam minyak jarak (castor bean oil).

Oleh yang demikian kedua-dua E322 dan E476 adalah halal – justeru ada logo Jakim. Saya pernah bincangkan hal ini sedikit masa dulu di dalam forum ini.

Insya-Allah saya mengerjakan umrah dari 18 – 29 April 2011. Kita jumpa lagi
Wassalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Trending Articles