Sdri Sheila,
Tujuan saya maklumkan saya berjawatan PM tu bukan nak menunjuk-nunjuk. Bahkan saya diminta utk isi borang permohonan profesor – tapi saya tak mahu. Tujuan saya adalah utk membantu dgn ilmu sekelumit yang saya ada. Don’t get me wrong!
Oleh kerana saudara mengatakan ada pihak yang mengatakan produk itu haram kerana mengandungi alkohol, bagaimana pula halnya dengan tapai yang gunakan “ibu tapai” tertentu boleh mencecah kandungan alkohol sehingga 15% (kajian saya ketika di MARDI tahun 1975-1976 dulu)? kandungan biasa alkohol dalam tapai adalah 2 – 5%. kita kena bezakan antara alkohol yang terbentuk sendiri (sebenarnya melalui fermentasi) dengan yang ditambah sebagai “processing aid” atau bahan awet (preservative). Umumnya utk sebagai bahan awet, alkohol (ethanol) yang digunakan adalah “alcohol denat’ (alkohol dijadikan tak boleh dimakan dgn menambahkan methanol atau butanol etc.). Persoalannya adakah alkohol di dalam produk SKII itu alcohol denat (sebagai preservative)? kalau ye, sudah tentu dinyatakan dengan jelas pada label pembungkusnya. Kalau tidak, ia mungkin saki baki daripada proses fermentasi yang sememangnya walaupun dalam jumlah yang sangat kecil, ia masih boleh dikesan dgn menggunakan GCMS. Dalam kes ini dari segi hukum syra’ ia dimaafkan. Manakala alcohol denat memang dibolehkan sbb ia telah diubahsuai sehingga tak boleh dimakan, maka tak mabuklah sebab tak dimakan. Sebenarnya saya kenal mereka yang ada di IPPH tu This world is too small!
↧
Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said
↧