Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,
Saya rasa terpanggil untuk menjawab komendan keluh kesah Pal Malang (Kenapa gunakan nama samaran?? Bukankah elok gunakan nama sebenar utk menunjukkan keikhlasan).
Sebenarnya Pak Malang, saya baru sahaja menjumpai laman web ini tahun lepas. Oleh kerana kesihan melihatkan keadaan kebanyakan pemforum (forumers) terkapai-kapai kerana kekurangan ilmu berkaitan, (maafkan saya, bukan tujuan untuk menghina kalian), maka saya dengan ilmu yang terhad ini cuba menjawab dan sedikit sebanyak merungkai persoalahan/kemushkilan yang ditimbulkan. Untuk maklumat Pak Malang, biarlah saya berikan catatan ringkas tentang diri saya (bukan tujuan saya utk menunjuk-nunjuk, tetapi agar ada keyakinan di pihak pemforum yg dihormati sekelian) :
1. Nama : Mamot Bin Said (kp : 511101-04-5449, dah menjangkau 60 tahun dah! : Prof. Madya kontrak UKM)
2. Kelulusan :
i.. BSc (Hons) 2nd Upper Class – Biological Sciences (UKM, 1975)
ii. PhD – Food Biochemistry (Univ. of Leeds, UK. 1980)
iii. Dip. Confectionary Technology (ZDS, Germany, 1990)
iv. Pernah menghadiri Bengkel Verifikasi Produk Halal Menggunakan Kaedah PCR anjuran Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM : 20 – 22 Julai 2010
3. Kerjaya :
i. 1975 – 1990 : Pegawai Penyelidik Kanan MARDI, (Bahagian Penyelidikan Teknologi Makanan, Bahagian Penyelidikan Koko Kelapa)
ii. 1990 – 1993 : Pengarah Kimia dan Teknologi, Lembaga Koko Malaysia, Sabah
iii. 1993 – 1995 : Pensyarah di Fakulti Sains Hayat, UKM-Bangi
iv. 1995 – sekarang : Prof. Madya di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM Bangi
v. Subjek yang diajar (prasiswazah/sarjana) :
a. Food Chemistry
b. Food Chemistry Laboratory
c. Food Analysis Laboratory
d. Food ingredients
e. Soap and Detergent
f. Cosmetic and Personal Care Product Chemistry
g. The Science of Fats and Oil (Post-graduate)
h. Chocolate and Sugar Confectionary Technology (Post-graduate)

Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya bukanlah pakar dalam halal/haram dan BAHKAN tidak ada authority untuk menentukan halal atau haram sesuatu makanan atau bahan kosmetik tersebut. Hanya Majlis Fatwa Kebangsaan sahaja yang ada kuasa. Maka itulah di dalam jawaban/komen saya saya masukkan ungkapan:
1. “sepatutnya” : bermaksud dengan berdasarkan logik akal berlandaskan maklumat sains dan teknologi masa kini
2. “wallahualam” : memang Allah swt yang maha mengetahui. Yang yang kita miliki hanyalah sebanyak air yang melekat di hujung jarum apabila dicelupkan ke dalam lautan yang luas!
3. “kemungkinan” : perlu dipastikan melaui teknik bioteknologi bagi mengetahui kesahihan mengandungi lemak babi atau tidak; menggunakan akal berdasarkan hampir 90% sumber minyak/lemak dunia adalah daripada minyak tumbuhan
4. “dari segi teknikalnya” : berdasarkan cara ia disediakan secara kimia/bioteknologi

Itulah jawapan yang mampu saya berkan kepada Pak Malang. Ingatan saya untuk diri saya dan pemforum sekelian, kita dituntut untuk :
1. mencari ilmu
2. hadir di majlis ilmu (di zaman ICT ini termasukal forum sebegini)
3. mencintai para ilmuan

dan itulah yang saya rasakan kita semua disini lakukan.

Saya minta maaf sekiranya respons saya ini agak keterlaluan dan menyinggung perasaan Pak Malang. Bukan itu tujuan saya, tetapi sekadar menjernihkan keadaan. Sayapun tak boleh salahkan Pak Malang 100% kerana kita sedia maklum dalam banyak hal pihak berwajib terutamanya JAKIN mabanyak “membisu”. maka mahu tak mahu terpaksalah insan kerdil seperti saya ini yang berbekalkan ilmu yang sekelumit menjawabnya agar, sekurang-kurangnya pemforum tak lah terlalu kecewa.

Wassalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Trending Articles