Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

ASM,
tentukan adakah ia ethyl alcohol atau cetyl alcohol? Dalam hukum fiqah, yang dimaksudkan dengan alcohol adalah ethyl alcohol, iaitu produk fermentasi gula seperti yang terdapat di dalam minuman keras – arak dan wain. alkohol (ethyl alcohol) yang digunakan di dalam produk kosmetik adalah alcohol denat (denatured alcohol) yang tidak boleh diminum; justeru ada pendapat yang mengatakan ia dibolehkan. Sila semak dgn JAKIM berkaitan alcohol denat ini. manakala cetyl alcohol bukan produk daripada fermentasi gula, sebaliknya ia sejenis fatty alcohol yang dihasilkan melalui penghidrogenan palmitic acid ……> palmityl alcohol (juga dikenali dalam industri sebagai cetyl alcohol mengikut tatanama INCI) yang digunakan sebagai perapi (conditioner) rambut. Ia tidak haram!
Wallahualam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Trending Articles