ASM,
E471 adalah monoacylglycerol (MAG) atau monoglyceride (MG) digunakan sebagai pengemulsi (emulsifier) dalam produk makanan dan kosmetiks. untuk memudahkan memahami status halal nya, biarlah saya ceritakan sedikit bagaimana ia disediakan. Pengemulsi jenis ini disediakan secara industri melalui tindak balas :
1) glycerolysis : lemak/minyak + glycerol ——-> MAG;
2)alcoholysis : lemak/minyak + methanol/ethanol/butanol ——->MAG; dan
3) direct esterification : glycerol + fatty acid ——> MAG
kedua-dua mangkin kimia (bes, asid) dan biomangkin (enzim lipase) boleh digunakan dalam tindak balas tersebut. Di Malaysia sudah semestinyalah sumber minyak dan glycerol (salah satu produk pemecahan lemak/minyak : lemak/minyak + H2O ——–> glycerol + fatty acids) adalah minyak sawit. sekarang ini, minyak sayuran (sawit, bunga matahari, soya, jagung, kelapa) menjadi pilihan pengusaha/pengilang kerana mereka memang sedar keperluan status halal dan khoser makanan bagi umat Islam dan Yahudi di seluruh dunia. tambahan pula, hampir 90% bekalan minyak/lemak dunia adalah daripada minyak sayuran yang diakui lebih baik/sihat berbanding lemak haiwan (lemak lembu, lemak khinzi).
Walau bagaimanapun, kejujuran adalah terletak di tangan pengilang. berdasarkan kepada hujah di atas, kemungkinan besar pengemulsi (dalam hal ini E471) berasaskan minyak tumbuhan digunakan.
sekiranya kita menggunapakai konsep “istihalah” (transformasi), maka tidak timbul lagi isu halal/haram kerana pengemulsi yang terhasil sangat berbeza sekali daripada minyak/lemak, baik dari segi sifat kimia mahupun fiziknya.
Wallahualam.
wassalam