Assalamualaikum kepada semua….. saya amat tertarik untuk memberi sedikit pandangan tentang permasalahan produk halal yang dikata mahal hagranya…
cuba kita imbau kembali dua tiga tahun yang lalu, apabila kita dikejutkan dengan cara pembuatan bihun dan belacan produk non muslim…. bagaimana penyediaan bahan dan cara pemprosesan dilakukan…. memang tidak memerlukan modal yang mahal kerana air yang digunakan untuk menyejukkan bihun adalah dari air yang telah digunakan (guna semula), tempat untuk pengeringan adalah bersebelah kandang babi diatas lantai begitu juga dengan belacan diletakkan didalam bekas yang kotor dan berkarat serta memjijikkan. Mereka tidak menggunakan modal yang besar dalam pemprosesan bahan berkenaan jadi wajarlah harga yang ditawarkan jauh lebih murah tetapi SANGGUPKAH kita memilih barangan yang murah tetapi amat menjijikkan. Saya pernah berkerja dengan majlis daerah …. salah seorang sahabat penguatkuasa membuat pemeriksaan mengejut di salah sebuah kilang yang baru memohon lesen perniagaan memeproses mee. Mereka pergi waktu awal pagi, alangkah terkejutnya apabila melihat pekerja kilang berkenaan sedang memotong babi dan dilambakkan di atas meja untuk memproses mee. Setelah ditanya mereka memberitahu bahawa mamproses mee di lakukan pada siang hari, memotong babi awal pagi dan memproses roti di waktu petang. Jadi fikirlah. Sedangkan kita umat islam diajar cara penyediaan sesuatu bahan mestilah dalam keaadan bersih tubuh badan, persekitaran ,peralatan dan bahan yang digunakan mestilah halal. Memang wajarlah harga produk halal adalah lebih mahal dari produk non muslim. “MAJULAH ISLAM UNTUK SEMUA”
↧
Comment on Mengapa produk halal, selalunya mahal? Kongsikan pandangan anda by sabahat seislam
↧