ASM,
Pn Ros,
Dari mana dapat cerita ni? Saya dah berulang kali mengingatkan para pemforum (forumers) agar tidak mudah percaya kepada khabar-khabar angin. Belajarlah untuk dapatkan ilmu. sekarang ni sangat mudah-hanya dihujung jari sahaja. kalau kita kurang berilmu (maaf, bukan tujuan saja menyinggung oerasaan Pn Ros), inilah jadinya.
Baiklah. saya rasa elok saya jelaskan disini tentang dakwaan yang mengatakan coklat mengandungi lemak babi. Kita perlu bertanya kepada diri kita untuk apa lemak babi dimasukkan ke dalam coklat?? memang didalam teknologi makanan lemak (demikian juga protein dan karbohidrat) disamping mempunyai peranan dalam pemakanan (diet) kita, juga digunakan di dalam pemprosesan makan sebagai ramuan berfungsi (functional ingredient). Fungsi lemak di dalam makanan menyumbang kepada tekstur.
Namun kajian kimia menunjukkan bahawa lemak babi dengan lemak koko tak serasi (incompatible). Sekiranya diadun bersama, akan mengganggu penghabluran (crystallization) lemak koko, mengakibatkan terbentuknya bebunga lemak (fat bloom) dan kelembutan (softening) pada coklat!
Manakala E475 (Polyglycerol ester of fatty acids) dan E471 (mo- and diacylglycerol of fatty acids – glycerol monostearate dan glycerol distearate) adalah pengemulsi (emulsifiers) dan BUKANNYA LEMAK BABI. Walaupun kedua-dua pengemulsi itu disediakan daripada lemak/minyak melalui tindak balas glycerolysis (glycerol + lemak/minyak) dan esterification (polyglycerol + fatty acids), tetapi hampir 90% bekalan lemak/minyak dunia adalah daripada minyak tumbuhan. Justeru kemungkinan besar pengemulsi itu adalah berasaskan minyak tumbuhan, misalnya minyak sawit – TAK MUNGKIN LEMAK BABI!
Wallalualam.
↧
Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Dr Mamot Bin Said
↧