Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,

Kenapa pula tidak ? Ada apa-apa ingredients yang meragukan? Perkara ini pernah ditimbulkan sedikit masa dulu. Mungkin yang kerap dipersoalkan adalah ingredient dgn kod E476 (polyglycerol polyricinoleate). Ia adalah sejenis emulsifier untuk menggantikan soya lecithin (E322) dalam pembuatan coklat, khususnya produk Cadbury. Halal. Ia disediakan daripada minyak jarak dan ester gliserol (E422). Gliserol disediakan secara komersil daripada propilena atau gula (fermentasi).
Cuba tengok pada label pengbungkusnya. Rasanya tak ada ditulis gelatin (E441) kan?
Nasihat saya, jangan dengar khabar angin. Kita pengguna Islam khususnya kena berilmu, kalau tidak kita akan dipermain-mainkan atau dimomok-momokkan/diperbodoh-bodohkan!
Maaf sekiranya kata-kata saya ini tak disenangi, tapi itulah hakikatnya ;-)
Wallahualam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 878