Pn Syuhada,
Mengikut senarai produk yg diberikan, pada pandangan saya kebanyakkannya menggunakan bahan kimia dan sumber tumbuhan. Nak tahu secara tepat, saya kena tengaok senarai ingredients yang terkandung di dalam setiap produk.
Manakala untuk sunsilk shampoo, tiada ingredient yang meragukan. Tambahan pula conditioner yang digunakan adalah terbitan daripada gam guar – tumbuhan. Sila rujuk laman wen ini : http://www.ehow.com/about_5513151_sunsilk-shampoo-ingredients.html
Manakala produk kosmetik luar negeri yang menggunakan ramuan semula jadi, surfactants yang digunakan adalah ok. Kemungkinan yang boleh timbul keraguan ialah conditioner yang bersumberkan haiwan, misalnya collagen, hair, placenta yang hanya boleh ditentukan dengan melihat senarai ingredient pada pembungkusnya. Daripada sumber kimia dan tumbuhan tidak ada masaalah.
Wallahualam