Wa-alaikumussalam wbt.,
Terus terang saya tak tahu. Elok minta kepastian JAKIM tentang logo itu, tak boleh percaya berita khabar-khabar angin.
Pada pandangan saya, yang menjadikan penapis itu diragui kehalalannya ialah katrij karbon teraktifnya. Penapis air, disamping dilengkapi dengan katrij seramik untuk menapis zarah terampai/bakteria (bergantung kepada saiz liang/pori), juga kerap dilengkapi dengan katrij karbon untuk menjerap bau, warna dan mungkin juga racun. karbon, khususnya karbon teraktif, telah lama digunakan didalam kimia untuk tujuan menyahwarna (decolorizing) dan menyahbau (deodorizing) bahan/produk, khususnya yang berbentuk cecair. Bahkan ia juga dijual di farmasi dalam bentuk tablet karbon untuk mengikat toksin/bakteria yang menyebabkan cirit-birit. Karbon (lebih tepat lagi arang) boleh disediakan dengan cara membakar kayu, rong/tempurung, sisa tumbuhan (misalnya serkam padi) dan tulang haiwan, juga produk petroleum/minyak (dipanggil jelaga- soot). Maka saya rasa keraguan tentang status halal timbul sekiranya arang/karbon tulang (bone charcoal) digunakan!
Wallahu-alam.
↧
Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said
↧