Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,
Perlu diingat bahawa protein tak sama dengan lemak. Dari segi kimianya, protein adalah polimer asid amino, manakala lemak/minyak adalah ester yang terbentuk antara asid lemak dengan gliserol, justeru juga dinamakan triasilgliserol(TAG).

Jawapannya tak mungkin. Adakah maksud puan daripada susu babi sebab protein wei diasingkan daripada proses pembuatan keju apabila casein, iaitu protein utama susu dikentalkan. Belum ada syarikat yang mengkomesilkan susu babi, yang ada hanyalah susu lembu dan susu kambing. Jadi kesimpulannya protein BUKAN daripada lemak babi kerana dari segi kimia mereka tak sama. Protein larut dalam pelarut polar, misalnya air dan alkohol, manakala lemak larut dalam pelarut tak polar seperti benzene, hexane ether dan chloroform.
Wallahualam


Viewing all articles
Browse latest Browse all 878