Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,
Yah, betul. Saya rasa perlu dijelaskan disini apa itu kod E.

Satu perkara yang perlu difahami disini ialah penggunaan kod E (code E) di dalam ramuan (ingredients) makanan bukanlah sesuatu yang baru. Walaupun ia diperkenalkan oleh Kesatuan Eropah (European Community – EC; justeru kod E digunakan), ia telah digunapakai di Amerika dan Jepun, bahkan di seluruh dunia. Ia tidak ada kena mengena dengan ‘KOD BABI” seperti yang pernah diwar-warkan oleh mereka yang jahil tentang hal ini ATAU musuh Islam sengaja untuk menakut-nakutkan umat Islam. Lebih teruk lagi, untuk MERBODOHKAN orang Islam.

Kod E dikategorikan seperti berikut :

E100 – E199 : pewarna (colors)
E200 – E299 : bahan awet (preservatives)
E300 – E399 : antioksidan, pengatur keasidan (antioxidant, acidity regularor)
E400 – E499 : pemekat, penstabil, pengemulsi (thickener, stabilizer, emulsifier)
E500 – E599 : pengatur keasidan, anti-ketulan (acidity regulator, anti-caking)
E600 – E699 : penguat perisa (flavour enhancer)
E700 – E799 : antibiotik (antibiotics)
E900 – E999 : pelbagai (miscellaneous)
E1000 – E1999 : bahan kimia tambah (additional chemicals)

Tentang status halal/haram ramuan tersebut, perlu penelitian dan fatwa tersendiri, khususnya untuk bahan pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400 – E499. Di dalam produk makanan, farmaseutikal dan kosmetik, bahan pengemulsi diperlukan adar bahan yang larut air – dinamakan suka air (hydrophilic) boleh bergaul dengan bahan yang larut minyak – dinamakan suka lipid (lipophilic). Bahan pengemulsi mempunyai kedua-dua sifat ini yang dipanggil amphophilic (ingat amfibia – haiwan dua alam!), justeru boleh memegang kedua-dua ramuan yang hydrophilic dan lipophilic, lalu menghasilkan emulsi (emulsion). Contoh emulsi yang lazim kita temui dalam kehidupan harian kita di Malaysia ialah susu, santan, maionis, krim, dan losyen.

Untuk menyediakan (mensintesis) pengemulsi, ahli sains menggunakan bahan suka air atau hydrophilic dan bahan suka minyak atau lipophilic. Contoh bahan suka air ialah gula dan glycerol (produk daripada hidrolisis/pemecahan lemak-minyak), manakala contoh bahan suka lipid ialah lemak/minyak dan asid lemak (produk daripada hidrolisis/pemecahan lemak-minyak). perlu juga diingat, lemak dan minyak boleh bersumberkan tumbuhan dan haiwan termasuk ikan. kerisauan umat Islam akan timbul sekiranya sumbernya adalah daripada haiwan.

Berhubung dengan sama ada pengilang menggunakan ingredient yang diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan, cuma mereka sahaja yang tahu dengan lebih tepat. Sekiranya produk itu ada diletakkan logo “halal JAKIM”, maka kita percaya sahajalah. saya pernah diingatkan oleh rakan saya daripada Fakulti Pengajian Islam, UKM agar tidak menjadi seperti umat bani israil sepertri dikhesahkan dalam sural al-Baqarah (ayat 67 – 74). Saya rasa ada juga benarnya teguran beliau itu ;-)

Kemelut halal-haram yang membelenggu penduduk Islam di Malaysia boleh diatasi sekiranya Majlis Fatwa Negara menggunapakai konsep istihalah (transfomasi) yang dibolehkan di dalam Mazhab Hanafi, Maliki, Ibnu Arabi, Ibn Taimiyah, Ibn al Qayyim, al Syawkani dan Ibnu Hazmin. Mengikut konsep ini, sekiranya bahan asal adalah haram (babi atau haiwan halal yang tidak sembelih mengikut hukum syarak) tetapt melalui agen tranformasi (agen kimia, mikrob, mangkin, enzim) berubah menjadi bahan baru (nama baru) yang sifat-sifatnya berbeza daripada sifat-sifat asal, maka produk (bahan baru) itu adalah halal. Contoh yang mudah untuk menerangkan konsep istihalah ialah sabun. Selain daripada minyak/lemak, sabun boleh disediakan dengan menindakbalaskan lemak (haram?) + NaOH (halal) => sabun (halal). Lemak tiada kuasa mencuci (bukan detergen), tetapi sabun boleh memcuci (detergen). Dalam aspek pengemulsi makanan, perkara yang sama juga boleh dikiaskan : bahan mentah daripada lemak dan minyak (haram?) + mangkin kimia/enzim (agen transformasi) (halal) Þ pengemulsi (halal). Walau bagaimanapun, Imam Syafie menghukumkan produk seumpama ini haram sekiranya sumber asal adalah haram.

Tentang logo halal palsu tu, saya rasa pihak berwajib perlu ambil tindakan.Walallahu-alam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Trending Articles