Pada saya produk itu halal kerana semua ingredients yang digunakan adalah halal. Mungkin ada yang mempersoalkan E300 dan E476. Berikut adalah jawapan saya:
E300 : Citric acid – asid buah, terutama dalam buah citrus (keluarga oren). Digunakan dalam makanan sebagai pengasid (acidulant) – memberi rasa masam seperti buah. Hukumnya adalah HALAL sebab ia adalah BAHAN KIMIA
E476 : Polyglycerol polyriceinoleate (PGPR). pengemulsi terbaru menggantikan soya lecithin (E322). Di dalam pembuatan coklat, lazimnya pengilang menggunakan kedua-dua E322:E476 sebagai pengemulsi. Ia adalah HALAL. Disediakan daripada minyak jarak dan ester gliserol (E422). Gliserol disediakan secara komersil daripada propilena atau gula (fermentasi). Tambahan pula jumlah (amaunt) yang digunakan adalah sedikit (<5g/Kg atau 5mg/g = 0.5%).
Diharaf tiada lagi keraguan selepas ini.
Wallahu-'alam.