Wa-alaikumussalam wbt.,
Ia adalah produk kosmetik kan? Saya tak dapat komen – kena tengok ingredientnya dulu.
Umumnya produk kosmetik mengandungi komponen berikut:
1. Bahan asas yang merupakan pembawa (carrier) : misalnya cream, lotion, serum, lopozome, gel, powder dll
2. Surfactants (bahan pencuci)
3. additives : stabilizer, preservatives, colorant, thickener dll
4. Nutrients : vitamins
5. Actives/bioactives : bergantung kepada fungsi produk tersebut. Ia boleh merupakan bahan aktif kimia atau bioaktives (plant extracts, hormones, proteins, enzymes etc.)
Boleh berikan contoh produk keluaran syarikat tersebut?
Haraf maklum.
Wassalam