Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,

Ketiga-tiga bahan tambah (additives) tersebut adalah pengemulsi (emulsifiers) :

E471 : Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate) – emulsifier
E472 : Carboxylic acid esters of mono- and diglycerides of fatty acid – emulsifier
E551 : Silicon dioxide (Silica)- Emulsifier, Anti-caking agent (mengelak terbentuk ketulan/gumpalan)

Mungkin yang menjadi kerisauan adalah E471 dan E472 kerana bahan mula (starting material) penyediaannya adalah daripada produk hidrolisis lemak/minyak, iaitu asid lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).
Seperti kita sedia maklum, lemak/minyak boleh bersumberkan haiwan dan tumbuhan. Namun bekalan minyak/lemak dunia sekarang ini adalah sebahagian besar.daripada sumber tumbuhan. Disini, pertimbangan ekonomi menjadi penentu. Di Malaysia sudah tentulah sumbernya daripada minyak sawit. Tetapi oleh kerana produk itu telah ada tanda halal JAKIM, maka kita perlu percaya yang ianya daripada sumber tumbuhan dan halal dimakan. Tambahan pula, jumlah yang dimasukkan adalah terlalu sedikit (<0.5%). Sama-ada kita boleh ambil khias konsep "air 2 kolah", saya pihak berautoriti untuk mengatakan sesuatu. Nasihat saya, kita percaya dan yakin sajalah. Kita tak mahu jadi seperti bani-Israel seperti yang dikesahkan di dalam sural al-baqarah! Ini pandangan peribadi saya. Saya mungkin salah.

Wassalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Trending Articles