Wa-alaikumusalam wbt,
Untuk apa lemak babi di situ? Apakah fungsinya? Dalam hal ini, saya ingin sarankan agar kita semua umat Islam jangan mudah terpedaya/melenting dan akhirnya menjadi takut tanpa sebab-sebab yang munasabah. Lemak/minyak JARANG ditambah ke dalam makanan sebagai ramuan berfungsi (functional ingredient) kecuali dalam produk tertentu seperti lemak koko di dalam coklat dan lelemak (shortenings) dalam pembuatan kek/biskut. Kewujudannya di dalam makanan adalah sebagai sebahagian daripada komponen makanan tersebut.
Namun ingredien yang DITERBITKAN (DERIVED) daripada lemak/minyak mungkin menimbulkan kerisauan. Umumnya ingredien tersebut adalah dibawah kategori emulfifier/stabilizer (E400 – E499).
Dalam kes di atas,
E471 – Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate)
E475 – Polyglycerol esters of fatty acids
Jelas menunjukkan mereka adalah emulsifier yang diterbitkan daripada lemak/minyak. Perlu diingat pada masa ini sebahagian besar bekalan minyak/lemak dunia adalah daripada sumber tumbuhan.
Hanya pembekal sahaja yang tahu sama ada emulsifier tersebut daripada lemak haiwan atau tumbuhan. Saya cuma melihat dari segi teknikalnya sahaja.
Sekian. Harap maklum.
Wassalam.