Wa-alaikumussalam wbt.,
Betul ke begitu? Kalau betul, bermakna rennet yang digunakan untuk mengentalkan protein susu (casein) itu diperolehi daripada abomasum anak lembu. Persoalan yang akan timbul, adakah anak lembu itu disembelih mengikut cara Islam? Kalau tidak, hukumnya tak halal. Sekiranya ada logo “halal”, maka kita bolehlah mengambil kesimpulan yang anak lembu itu disembelih mengikut cara Islam; atau rennet yang digunakan adalah daripada sumbur bukan haiwan (tumbuhan, mikrob). Saya sendiri tak tahu, cuma pengeluar/pengilang sahaja yang tahu jawapan sebenarnya. Tentang jenama keju yang mana satu yang halal, cara yang mudah adalah dengan melihat pembungkusnya – ada atau tidak logo halal. Kalau ada, maka ia halal, jangan pula kita cuba mempertikaikannya kecuali kita ada bukti sebaliknya. Wal-Allahualam.