Sdr Akmal
Assalammualaikum wbt.,
Utk mengelakkan kita membuat keputusan melulu, eloklah juga saya cuba jelaskan dgn ringkas apa itu cuka (vinegar). Cuka adalah produk pengoksidaan (oxidation) alkohol (di sini lebih tepat adalah ethanol) akibat daripada aktiviti bakteria acetobacter semasa proses fermentasi. Sdr ingat tak tentang tapai yang asalnya manis dan beralkohol, akan menjadi masam sekiranya dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama? Ini kerap berlaku apabila kita menghadiri majlis perkahwinan pada waktu yang agak lewat, menyebabkan alkohol di dalam tapai tersebut telah menjadi asid asetik (acetic acid). Larutan cair asid asetik (5 – 15%) dipanggil cuka (vinegar). mengikut hukum fikah, sekiranya arak itu telah menjadi cuka “dengan sendirinya” (sebenarnya ia dilakukan oleh bakteria Acetobacter), maka hukumnya suci/halal untuk dimakan.
Berhubung dgn “distilled white vineger”, berikut adalah petikannya drpd Wikepedia :
Distilled vinegar
Any type of vinegar may be distilled to produce a colourless solution of about 5% to 8% acetic acid in water. This is variously known as distilled spirit or “virgin vinegar”, or white vinegar, and is used for medicinal, laboratory and cleaning purposes as well as in cooking, baking, meat preserving, including pickling. The most common starting material, because of its low cost, is malt vinegar.
Saya haraf sdr dah jelas!
Wassalam.