ASM,
Mengikut keterangan dibawah :
What is Dove soap composed of?
The Dove soap ingredients for the “white bar” are: sodium cocoyl isethionate, stearic acid, coconut acid, sodium tallowate, water, sodium isethionate, sodium stearate, cocamidopropyl betaine, sodium cocoate or palm kernelate, fragrance, sodium chloride, tetrasodium EDTA, trisodium etidronate, BHT, titanium dioxide and sodium dodecyl benzene sulfonate.
Sebagai seorang ahli oleokimia dan kimia makanan, cuma satu sahaja ingredient yang “boleh” menjadi kerisauan pengguna Islam, iaitu sodium tallowate (sabun daripada lemak lembu – tallow). Yang lain itu adalah surfactants (sodium stearate, sodium cocoate or palm kernelate, sodium dodecyl benzene sulfonate), speciality surfactants (sodium cocoyl isethionate, sodium isethionate, cocamidopropyl betaine), untuk kelembutan kulit, plastisizer (stearic acid, coconut acid) untuk mendapatkan struktur, thickening agent (NaCl), builder agar boleh berbuih dalam air liat – “hard water” (tetrasodium EDTA, trisodium etidronate), opacifier utk memberi warna putih legap (titanium dioxide), dan antioxidant (BHT)
untuk mengelakkan sabun menjadi tengik.
Berhubung dengan sodium talloate, mengikut konsep istihalah (transformation), maka mazhab Maliki, Hambali dan ibn Tamyyah menghukumkannya harus sebab bahan asal (lemak lembu) telah berubah menjadi produk baru (sabun lemak lembu) yang sekali gus mempunyai nama dan ciri-ciri yang baharu pula menggunakan agen penukar yang halal (sodium/potassium hydroxide). Walaupun tallow boleh juga termasuk lemak haiwan lain (kambing, ayam/itik), tetapi umumnya ia adalah lemak lembu dan BUKAN lemak babi. Lemak babi dipanggil LARD!. Saya harap dengan keterangan ringkas ini, ia boleh merungkai kekusutan tuan/puan.
Wassalam.