Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 878

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Sebelum boleh memperkatakan status halal sesuatu ingredien makanan tersebut, eloklah kita terlebih dahulu tahu sumber pengeluarannya. Dalam kes glycerin, ia adalah merupakan produk hidrolisis (penghuraian air) lemak dan minyak : lemak/minyak + air + mangkin (asid/ enzim/ suhu/ tekanan) …..> glycerol (glycerin) + asid lemak bebas. Lemak/ minyak boleh bersumberkan haiwan dan haiwan. Memandangkan hampir 90% sumber minyak/lemak dunia sekarang adalah daripada tumbuhan, maka kemungkinan besar glycerin adalah daripada tumbuhan, maka hukumnya halal. namun kena sahkan dgn pengeluar. Manakala whye protein isolate, ia adalah produk yang dihasilkan daripada pembuatan keju, dimana dalam hal ini, casein (protein susu) dimendakkan oleh rennin, dan yang tak termendak itulah yang dinamakan protein wei. Bergantung kepada agen pengental (coagulant), sekiranya ia daripada sumber halal (rennet mikrob atau protease tumbuhan), maka hukumnya adalah halal. Lagi sekali ditegaskan, hampir 98% milk coagulant untuk pembuatan cheese adalah daripada mikrob terubahsuai genetik. Dapatkan pengesahan daripada pembekal.

Wassalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 878