Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all 878 articles
Browse latest View live

Comment on List of Non Halal by akak

$
0
0

En. Mus, org tu bertanya elok2. Jwb le dlm bahasa yg elok. Kita ni org melayu..


Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Nur

$
0
0

Assalamualaikum Dr Mamot, saya sudah copy dan paste semua jawapan Dr untuk rujukan peribadi saya sekiranya saya ragu-ragu dan keliru dalam memilih produk makanan. Terima kasih atas kesabaran Dr menjawab semua kemusykilan pembaca. Semoga Allah memberkati Dr dan menambahkan ilmu kepada Dr. sekian.

Comment on List of Non Halal by Lisz

$
0
0

inilah masalahnya bila org Islam sendiri tak tahu mcm mana nak berdakwah. Asyik kritik org jer tau. org bertanya sebab x tahu. so sebagai org yg tahu pasal agama, dah jd tanggungjawab kita nak berkongsi apa yg kita tahu… jangan jd sombong & riak dengan ilmu yg cetek itu. kalau mcm nilah org ‘bijak pandai’ yg ada, mcm manalah nak menyebarkan syiar Islam… sungguh mengecewakan.

Comment on List of Non Halal by aisyah nur maisarah

$
0
0

ANA nak tahu, adakah pemakain LOSYEN HARAM? LOSYEN VASELINE boleh pakai tak? TQ

Comment on List of Non Halal by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wasm,
Secara umum losyen (lotion) adalah emulsi minyak dalam air (o/w emulsion). Justeru ia memerlukan pengemulsi (emulsifier). Halal atau haram penggunaannya adalah bergantung kepada pengemulsi yang digunakan. Sila lihat pada label apakah jenis pengemulsinya. Mengikut konsep istihalah (transformation), penggunaan apa jua pengemulsi dibolehkan kerana ciri-ciri produk akhir (pengemulsi) adalah berbeza (telah bertukar sama sekali) dengan bahan mula (lipofilik = lemak/asid lemak; hidrofilik = poliol seperti gula, sorbitol, hidrokoloid cth. guar gum, dll).

Tentang losyen vaselin, boleh maklumkan kepada saya ingredientnya, nanti saya semak jenis pengemulsi yang digunakan.

Wassalam

Comment on List of Non Halal by sal

$
0
0

salam … boleh beritahu saya samaada APOLLO CAKE,halal dimakan

Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Ahmad

Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Ahmad


Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said

$
0
0

E475 adalah ester asid lemak poligliserol atau juga dikenali sebagai PGFA. Ia adalah produk pengesteran antara poligliserol dengan asid lemak. Kedua-dua gliserol dan asid lemak boleh bersumber daripada lemak haiwan dan minyak tumbuhan, bergantung kepada sumber lemak/minyak terbanyak di negara pengeluar. Namun penghasilan gliserol secara kimia boleh juga dilakukan, misalnya daripada pengklorinan alil klorida dan pengoksidaan akrolein. Kena bertanya dgn pengeluar E475 tersebut. Kalau di Malaysia sudah tentulah minyak sawit, manakala kalau di USA adalah minyak soya.

Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said

Comment on Mengapa produk halal, selalunya mahal? Kongsikan pandangan anda by put3salji

$
0
0

Assalamualaikum,

Sedih juga bila ada org yg suka menghentam org islam meniaga brg yg halal. Inilah secara terang2 menjatuhkan ekonomi org melayu, lg2 peniaga islam. Yg kutuk pun bukan org lain semuanya org melayu beragama islam plak tu. Mcm jenama yg bukan halal pun ada juga yg mahal dan murah. Jenama yg ada ISOlah atau HACCP pun akan jd mahal jg sbb prosesnya perlu di pantau dgn lebih ketat untuk mengelakkan berlaku keracunan. Sama aja sebenarnya. Cuma pengusaha kilang org islam masih terlalu kurang boleh dikira dgn jari aje. cuba tgk betul2 dipasaran ada tak semua produk tu pengusahanya org islam? Payah nak dpt! Sbb takda persefahaman dan bersatu padu. Asyik menghentam aje. Kalau dia saje2 letak harga mahal, secara logik pun diaorg tahu org takkan beli punye. Dah tentunya awal2 dia xkan berniaga, baik jual brg yg murah dan tak halal. Tapi disbbkan mereka memikirkan kenapalah xda org muslim yg berniaga produk halal, jd mereka tentunya mengambil risiko yg plg besar utk berniaga produk halal walaupun dia pun memikir terpaksa menjual pd harga yg berpatutan sbnrnya bukannya mahal.

Saya ni pernah bekerja dgn kilang org bkn islam yg meniaga produk halal sbnrnya sblm ni. Semua bgsa sebenarnya sama aje ada sifat malas, mencuri, bodoh dan yg teruk2 lglah. Tp sbb itu bgsa dia. Dia tak buang plak tu, dia bg peluang sampailah selagi mana dia boleh asalkan dlm hatinya dia nak tolong bangsa dia sendiri. Company tu punyelah rugi byk pun dia xkisah asalkan dia tlg bangsa dia sendiri. Dari situ saya memikir lama sampailah 6tahun saya bekerja dikilang tu, Punyalah semangat nak tolong sesama bangsa sungguh menebal dlm diri bangsa ini. Sama jugalah kalau dia nak cari kontraktor dan pembekal2. Saya ada syorkan yg murah2 tp dr bangsa lain, tp dia ttp nak juga bangsa dia juga walaupun mahal. Nampak tak, cukup kuat sifat bantu membantu dan tolong menolong sesama mereka walaupun pernah ditipu dgn bangsanya sendiri, walaupun barangnya tidak berkualiti tp mahal. Fuh! saya cukup respect dgn semangat bangsa ni. Dari situ saya menanam dlm diri saya utk mempunyai sifat seperti mereka yg cukup kuat membantu sesama bangsa dan agama. Buanglah sifat asyik menjatuhkan sesama kita. Ikutlah sunnah nabi yang mana buruk diperbetulkan dan yg baik di lebih baikkan.

Tapi nak tahu tak kenapa saya berhenti juga walaupun dioffer gaji yg byk? Sbb saya taknak bersubahat dgn bangsa ni dlm menipu orang islam. Lepas saya terlibat dlm mengaudit company saya utk dptkan ISO dan HACCP saya tahu mereka tak layak dapat sbb byk sgt yg mereka perlu buat. terlalu banyak perubahan yg perlu dilakukan. Dlm 80% tu dan melibatkan kos yg amat tinggi sampai dia pun sumpah seranah auditor luar yg sama bangsa dgn dia juga. saya ingat gagal tp rupa2nya lulus juga tp perlukan perubahan walaupun perlahan2. Alah auditor dr luar tu pun nak tlg bangsa sendiri juga. QA Manager saya ni orgbaru dan org melayu muslim dia byk korbankan masa dan tenaga utk ikut seperti syariat islam. Selalu jg bergaduh dan tension selalu utk menegakkan kebenaran. tp nak buat mcmana bos suruh kenalah ikut arahan walaupun salah. Adake patut tangki simpanan produk tu dah berkarat lama dan tak pernah dibersihkan bila disuruh bersihkan mmglah terlalu menyusahkan tp bos boleh cakap tak pernah lg dlm hidup dia dengar org mati sbb mkn produk yg berkarat! Masyaallah! nampak sgt mereka nilah sbnrnya kita nampak jual produk murah kita sokong sgt2 tp sebenarnya anda pikirlah sendiri…

Mereka ni yg tidak beragama islam kalau buat produk halal pun mmg tak patut sbb mereka tak paham sbb islam bukanlah agama yg dijunjung. sedangkan ada kebayakan kita org melayu yg beragama islam pun tidak mendalami ilmu islam itu sendiri tak paham apatah lagi mereka yg bukan beragama islam.

Sedarlah wahai bangsaku! Org kita ramai susah pun sbb kita yg menjadikan keturunan kita susah. Cubalah buka minda anda untuk membantu org kita yg dah terlalu ketinggalan kebelakang di bumi sendiri ni. saya yang biasa bekerja dgn bangsa lain saya tahu macamana mereka berurusan dan sememangnyalah ia tak mengikut syariat walaupun ada halal bukanya Jakim duduk kat situ seharian nak audit mereka. Mesti ada yg xbetul punyalah. Confirm!

Sampai skrg saya tak bekerja sbb tak dpt lagi pekerjaan. Tapi saya rasa tenang juga. Allah akan tolong saya selesaikan sikit2 masalah saya. Maklumlah berhenti ketika commitment tinggi. Bayangkanlah! Asyik2 bank call minta byr hutang. Pendek cerita saya pikir baik cari rezeki halal walaupun payah skrg ni, lgpun saya ada masa nak beribadat kalau nak diikutkan dulu byk juga saya xdpt solat sbb terlalu byk kerja. Nauzubillah!

Tetiba saya dapat peluang utk meniaga produk halal buatan muslim, saya pun pikir alamak harganya lebih beberapa sen dr produk dipasaran. terpikir juga takut takda org nak beli. Tp saya buangkan yg nagetif kene pikir insyaallah… Pasti ramai yg nak beli sbb saya dah buat research yg murah tu mmg pun murah sbb jual produk sampah kepada kita rupanya. Astaghfirullah. Saya makan najis dan begitu sekali rupanya produk murah ni. Apa2pun dari sini saya kene selidik dulu brg yg saya dan anak nak mkn. Dah tak pikir murah aje. yg penting brg yg kita beli tu berpatutan yg penting cari produk org kita sbb mmg niat saya nak mengkayakan org muslim supaya mereka ramai di bumi kita, so bolehlah mereka tolong org kita lg dgn byr zakat. Tgk ajelah senarai org terkaya di Malaysia punyalah ciput aje org kita yg kaya. ish! Ish! Ish! kesiannyalah kita ni.. Nama aje dah merdeka lebih 50thn dan Negara di mata dunia tp tgklah disekeliling kita yg ramai ada bisnes sape dan yg senang lenang siapa?

Nak cerita mmg pjg berjela2. tp sampai disini ajelah. yg penting saya dah sampaikan yg sepatutnya org tak tahu. Maafkanlah ketelanjuran saya. Tolong jgnlah kutuk2 org kita nak berniaga. Sedih dan nak nangis saya tgk.. Kesian mereka. sbb dgn kesian kat mereka sebenarnya kita kesian kat diri kita sebenarnya. Siapa nak tolong kita kalau bukan bangsa kita juga!. Semoga bangsa dan agama kita berjaya menjadi org plg ramai terkaya di dunia ini dan suka menolong sesama kita. Amin!

Comment on Mengapa produk halal, selalunya mahal? Kongsikan pandangan anda by anir

$
0
0

Saya memang memilih barangan halal ,suci dan berkualiti serta benar dari segi fakta saintifik tentang keberkesanannya. Tapi saya kurang gemar dengan produk rakan muslim kita yang kebanyakkan dijual dengan harga mahal bermula dari butik orang melayu kita hinggalah barangan kesihatan dan kecantikan yang cukup popular hari ini.
Apa yg saya lebih kurang faham ada memasarkan dengan menyatakan produknya bersih dan dibuat, dibungkus,dan segala proses adalah pekerja-pekerja yang sembahyang tak tinggal dan mengambil sembahyang. Isunya..bukankah sembahyang itu wajib dan mensucikan diri itu memang tuntutan,.bukan untuk dijual beli. Sy fikir mengumpulkan secara tak langsung orang islam yang membuat atau bekerja dengan syarikat pembuatan lain makanan kecantikan atau kesihatan adalah tidak sembahyang atau x pasti bekerja dalam tuntutan agama agak tak bijak.
Saya percaya barangan tersebut memang baik tapi harap dapat berkira tentang masyarakat melayu kita yang kebanyakkannya orang sederhana. bukan kah rezeki itu dari Allah, kan lebih baik jika ditambahkan dengan niat membantu lebih ramai saudara muslim dapat munafaat, bukankah bila ramai membeli walau harga sederhana, laba dapat juga diperolehi?, Secara tak disedari ramai orang kita yang tak berapa berada berhabis hingga ke suku gaji membeli barangan yang dimaksudkan walhal byk lagi hal kehidupan yang perlu dipertimbangkan dalam keluarga.
Kepada penjual barangan baik seperti yang dipromosikan yang berharga tinggi harap usahakan lah untuk membantu agar lebih ramai orang kita mendapat manfaat terutama pak cik makcik di kampung yang memang perlu produk kesihatan misalnya atau alatan kesihatan .Janganlah membiarkan mereka menghabiskan wang simpanan sebulan hasil kerja kampung mereka untuk mendapat barangan tersebut.
maaf jika ada yang tak setuju dengan pandangan saya ini

sekian , terima kasih

Comment on Dedikasi by mila

$
0
0

assalamualaikum,ustaz.Saya mahu kepastian mengenai halal produk pencuci muka neutrogena untuk digunakan oleh umat islam.harap ustaz dapat membantu saya.

Comment on List of Non Halal by edoes

$
0
0

Is it MARMITE include within halal product???

Comment on List of Non Halal by ayu

$
0
0

salam saya nak tanya head and shoulder syampoo halal x?


Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wasm,

Cuba lihat ada logo HALAL atau tidak? Lazimnya kalau produk keluaran Malaysia ada logo tu. Walau bagaimanapun, boleh berikan saya senarai ingredient yang terkandung untuk saya semak.

Wassalam

Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by Prof. Madya Dr Mamot Bin Said

$
0
0

E475 adalah ester asid lemak poligliserol atau juga dikenali sebagai PGFA. Ia adalah produk pengesteran antara poligliserol dengan asid lemak. Kedua-dua gliserol dan asid lemak boleh bersumber daripada lemak haiwan dan minyak minyak, bergantung kepada sumber lemak/minyak terbanyak di negara pengeluar. Namun penghasilan gliserol secara kimia boleh juga dilakukan, misalnya daripada pengklorinan alil klorida dan pengoksidaan akrolein.
Justeru, kena pastikan dengan pengilang sumber bahan mentahnya. Lazimnya adalah daripada minyak sayuran kerana itulah sumber utama keluaran minyak/lemak dunia.

Comment on Sumbang Artikel Di Sini by harnie

$
0
0

assalam.. saya dan family amat menyukai makan “fast food” terutama KFC, A&W, Mcd.. boleh tak tuan dan puan beritau sy seklga mengenai halal atau tidak daripada bahan2 yg digunakan nya..

terima kasih.

Comment on List of Non Halal by Lun

$
0
0

tetapi Emulsifier ada banyak jenis. dalam kandungan CHOKI CHOKI tak tulis pula Emulsifier jenis apa. Sangat meragukan!

Comment on List of Non Halal by lizaa

$
0
0

Assalamuaikum..
mohon penjelasan,saya ada terlihat beberapa produk makanan yang dikeluarkan oleh syarikat Germany.salah satunya adalah Hazelnut Chocolate Spread DUO,yang mengandungi bahan spt, whey powder,fat reduced cocoa powder,maltodextrine,emulsifier;soya lecithins,dan vanillin. adakah produk ini boleh digunakan,walaupun tiada tanda halal?

Viewing all 878 articles
Browse latest View live