Quantcast
Channel: Comments for Produk Halal di Malaysia
Viewing all 878 articles
Browse latest View live

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said


Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Untuk pengetahuan saudara/i, tiada kod E untuk lemak babi sebab lemak tidak tersenarai sebagai ramuan (ingredient). Lemak adalah komponen dalam makanan. Tambahan pula, untuk apa ditambahkan lemak babi? Apa fungsinya?? Jangan mudah terpengaruh!

Memang dalam produk tertentu ia ditambah untuk memberikan tekstur tertentu seperti dalam produk reroti (cth roti canai, kek, pastri, coklat) dan menjadi sebahagian daripada komponen makanan tersebut, tetapi tidak sebagai bahan tambah (additives) dalam erti kata sebenar.

Harap dapat fahami fakta ini dengan betul.

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Terlupa satu perkara lagi tentang lemak babi dan coklat. Lemak koko dan lemak babi adalah tidak serasi dan produk yang mengandungi kedua-duanya akan mudah rosak nilai estiteka akibat pembentukan bebunga lemak (fat bloom). Dari segi kimia, triasilgliserol (TAG, catatan : lemak dam minyak adalah TAG) utama di dalam lemak koko adalah dalam susunan SUS (tepu-tak tepu-tepu), manakala di dalam lemak babi adalah SSU (tepu-tepu-tak tepu), justeru TAG keduanya tidak boleh menyusun untuk membentuk kekisi hablur lemak yang stabil.

Mungkin yang isu ditimbulkan adalah E476 : Poligliserol polirisinoleat (PGPR). Halal. Ia disediakan daripada minyak jarak dan ester gliserol (E422). Gliserol disediakan secara komersil daripada propilena atau gula (fermentasi).

Wassalam.

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Hanya pihak berwajib Indonesia sahaja yang dapat menentukannya.

Comment on List of Non Halal by Faiz

$
0
0

Benarkah ayam daging disuntik dengan genetik babi dan terbaru, dalam makanan ayam mengandungi babi?
Adakah JAKIM pihak berwajib benar-benar memantau pihak-pihak yang diberi logo halal? Kalau benar, mengapa roti HIGH 5 dan sausage yang mengandungi unsur babi boleh terlepas satu ketika dulu? Sejauhmanakah ketelusan JAKIM?

Comment on List of Non Halal by are

$
0
0

salam..

sy ingin brtanye adkah produk kosmetik M.A.C halal dgunakan??

syukran

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,

Kena semak dulu ingredients yang terkandung di dalamnya.

Umumnya produk kosmetik mengandungi:
1. Pembawa (carrier) : losyen, krim, lipozome, serum atau nanoemulsion
2. surfaktant
3. bahan bioaktif/ingredien aktif
4. penstabil/pengawet
5. bahan pengubah reologi (agen pemekat, pengel)
6. pewarna dan pewangi

Umumnya item nombor 2 dan 3 yang menjadi tanda tanya, sekiranya sumber adalah daripada haiwan

Sila maklumkan kepada saya ingrediennya.

Wassalam.

Comment on List of Non Halal by lio

$
0
0

hi my name is Lio and I’m from Malaysia but currelty staying in Canada and the snack that you said is halal because the don’t have any haram product so it safe to eat


Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Perlu pengesahan saintifik – kaedah molecular biology (DNA, mRNA, etc). Mungkin Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM (halal@putra.upm.my) boleh bantu.

Comment on Dedikasi by amira

$
0
0

saya nak tanya minuman tonic yang mengandungi campuran alkohol sebanyak 40%…..adakah ia haram?adakah minuman ini boleh diminum dalam kuantiti yg sgt sedikit sbg ubat.

Comment on List of Non Halal by syaz

$
0
0

Salam, saya nak tahu adakah sushi king halal?

Comment on List of Non Halal by hidayah

$
0
0

saya ragu dengan kandungan utamanya iaitu whey protein yang terdapat dalam susu tepung LACTOGEN NESTLE itu yang diragui sebagai lemak babi.TOLONG BERI PENJELASAN!

Comment on List of Non Halal by hidayah

$
0
0

adakah whey protein dalam susu tepung LACTOGEN JENAMA NESTLE adalah daripada lemak babi

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,
Perlu diingat bahawa protein tak sama dengan lemak. Dari segi kimianya, protein adalah polimer asid amino, manakala lemak/minyak adalah ester yang terbentuk antara asid lemak dengan gliserol, justeru juga dinamakan triasilgliserol(TAG).

Jawapannya tak mungkin. Adakah maksud puan daripada susu babi sebab protein wei diasingkan daripada proses pembuatan keju apabila casein, iaitu protein utama susu dikentalkan. Belum ada syarikat yang mengkomesilkan susu babi, yang ada hanyalah susu lembu dan susu kambing. Jadi kesimpulannya protein BUKAN daripada lemak babi kerana dari segi kimia mereka tak sama. Protein larut dalam pelarut polar, misalnya air dan alkohol, manakala lemak larut dalam pelarut tak polar seperti benzene, hexane ether dan chloroform.
Wallahualam

Comment on List of Non Halal by erintz eone

$
0
0

contoh ingredient tubagaimana ya? apeyg terdapat dibelakang produk itu kah??


Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Ya, betul. Berikan kepada saya, nanti saya semak, insya-Allah.

Comment on List of Non Halal by hezry

Comment on Emulsifer 471 (E471) Halal or Not? by amirfazwan

$
0
0

tu la org melayu..
berniaga xmau..
beli mau..
kalu orang melayu ada jual..
xdak la ssh2..

ni jihad ekonomi nih..

Comment on List of Non Halal by Ena

$
0
0

Assalamualaikum, dr mamot… ingin kepastian adakah penapis air bio aura tak halal… ada yg kata tak halal, dan logo halal jakim yg dipakai tidak sah…

Comment on List of Non Halal by Dr Mamot Bin Said

$
0
0

Wa-alaikumussalam wbt.,
Terus terang saya tak tahu. Elok minta kepastian JAKIM tentang logo itu, tak boleh percaya berita khabar-khabar angin.
Pada pandangan saya, yang menjadikan penapis itu diragui kehalalannya ialah katrij karbon teraktifnya. Penapis air, disamping dilengkapi dengan katrij seramik untuk menapis zarah terampai/bakteria (bergantung kepada saiz liang/pori), juga kerap dilengkapi dengan katrij karbon untuk menjerap bau, warna dan mungkin juga racun. karbon, khususnya karbon teraktif, telah lama digunakan didalam kimia untuk tujuan menyahwarna (decolorizing) dan menyahbau (deodorizing) bahan/produk, khususnya yang berbentuk cecair. Bahkan ia juga dijual di farmasi dalam bentuk tablet karbon untuk mengikat toksin/bakteria yang menyebabkan cirit-birit. Karbon (lebih tepat lagi arang) boleh disediakan dengan cara membakar kayu, rong/tempurung, sisa tumbuhan (misalnya serkam padi) dan tulang haiwan, juga produk petroleum/minyak (dipanggil jelaga- soot). Maka saya rasa keraguan tentang status halal timbul sekiranya arang/karbon tulang (bone charcoal) digunakan!
Wallahu-alam.

Viewing all 878 articles
Browse latest View live